Bila sudah lama terperuk dalam rumah, pasti ada sahaja idea kreatif yang keluar untuk memenuhi masa senggang. Ada yang buat video cover lagu Rage Against The Machine bersama anak, ada yang buat rakaman photoshoot online hanya dengan FaceTime dan banyak lagi.

Masih ingat video raya TNB Konvoi Epik Raya Fantastik tahun lalu? Ia adalah hasil tangan pengarah tempatan yang sangat berbakat, Quek Shio. Disebabkan beliau sangat rindu untuk berbasikal, maka terhasillah video stop motion yang unik ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Segala props untuk video ini dibuat sendiri oleh Shio menggunakan bahan peribadi miliknya seperti medal, buku dan baju . Pada permulaan video ini, beliau turut memperlihatkan set up mudah beliau merakam video stop motion ini menggunakan telefon pintar sahaja; dengan penyapu menjadi rig untuk telefon beliau.

Lebih seribu gambar kemudiannya digabungkan bersama untuk menyiapkan video yang hebat ini. Rata-rara yang menonton video ini memuji kegigihan Shio untuk menyiapkan video ini yang pastinya memerlukan dedikasi yang tinggi serta masa yang lama.

Apa pula aktiviti epik anda buat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini? Kami harap anda isi masa senggang dengan aktiviti yang berfaedah.

P/S: Ada atau tidak iklan khas raya daripada TNB tahun ini? Jika ada, pasti team Reservoir Production akan hadir dengan iklan raya yang gempak seperti tahun-tahun sebelumnya. Kita tunggu dan lihat.

Ini pula kreativiti seorang jurugambar yang hanya gunakan FaceTime untuk hasilkan ‘online photshoot’ buat salah seorang klien beliau. Baca lagi pada pautan di bawah.

Jurugambar Ini Serlahkan Kreativiti Tangkap Gambar Gunakan FaceTime Menerusi Sesi ‘Photoshoot Online’

‘Cover’ Lagu Rage Against The Machine, Aksi Adik Comel Ini Raih Perhatian Dunia

Iklan Raya TNB Pamer Kehebatan Bakat, Idea Dan Sinematografi