Seorang lelaki berusia 37 tahun dari Jepun mempunyai pekerjaan yang unik. Lelaki ini dibayar oleh orang awam untuk tidak melakukan apa-apa kerja.

Shoji Morimoto pada asalnya adalah seorang penganggur di Tokyo. Namanya mula popular setelah Shoji menyewa dirinya untuk menjadi teman kepada orang lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tugas Shoji adalah bertemu dengan orang yang tidak dikenali, mendengar cerita mereka, itu sahaja. Selain itu, Shoji hanya menyediakan perkhidmatan untuk menemani anda makan, minum atau melepak.

Selepas dua tahun, popularitinya mula meningkat dan dia kini mempunyai 270 ribu pengikut di Twitter. Seperti selebriti, Shoji juga telah muncul di televisyen, ditemuramah oleh majalah, dan menerbitkan buku.

Berdasarkan laporan Oddity Central, Shoji dulu adalah pelajar yang pandai dan mempunyai ijazah dalam Fizik. Namun, Shoji berhenti dari pekerjaannya pada tahun 2017 kerana dia merasa tidak sesuai dengan kerjayanya sebagai editor buku.

Pada bulan Ogos 2018, Shoji akhirnya melancarkan perkhidmatan yang dinamakan “Teman untuk disewa”. Dalam keterangannya, Shoji menulis bahawa dia boleh disewa oleh mereka yang memerlukan rakan atau pendengar.

Pada mulanya, dia hanya meminta wang untuk pengangkutan dan makanan. Walau bagaimanapun, kebanyakan pelanggannya berkeras untuk membayar lebih daripada itu.

Disebabkan popularitinya, Shoji boleh disewa dari jam 8:30 pagi hingga 10 malam. Antara pengalaman Shoji adalah disewa oleh seorang lelaki hanya untuk mendengar dia bercerita mengenai hobinya selama 3 jam.

Selain itu, Shoji juga telah disewa untuk menjadi peneman ke majlis pernikahan. Dia juga pernah dijadikan teman oleh seorang wanita yang mahu memberikan surat permohonan cerai kepada suaminya.

Untuk rekod, amalan menyewa teman sebenarnya adalah satu perkhidmatan yang sudah biasa di Jepun. Namun perkhidmatan ini terbahagi kepada beberapa bidang, antaranya adalah urusan asmara, pelawak dan juga pelakon.

Terdahulu, lelaki ini hanya berbelanja menggunakan baucar, tidak pernah keluarkan wang selama 36 tahun. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Jimat Atau Kedekut? Lelaki Ini Hanya Guna Baucar, Tak Pernah Keluarkan Wang Selama 36 Tahun