Bagi peminat permainan online Dota 2, cerita Adam Shah ini boleh dijadikan inspirasi untuk anda. Rasanya ramai yang kenal Adam Shah melalui nama samarannya dalam permainan Dota, 343. Beliau mula menjadi pemain Dota secara professional sejak dua tahun lalu dan beliau kini merupakan antara pemain Dota ternama di Malaysia.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Pada mulanya, Dota hanyalah permainan online yang dimainkan bersama rakan-rakan tetapi semuanya berubah apabila Adam Shah nampak masa depan beliau sebagai seorang pemain Dota professional. Adam kini bermain untuk pasukan Fnatic, antara pasukan ternama dalam Dota 2.

Fnatic berjaya menduduki tangga ke-4 di pertandingan The International 2016 yang berlangsung di Seattle, Amerika. Fnatic membawa pulang hadiah kemenangan bernilai USD1,453,932 (lebih kurang RM4.6 juta). Sepanjang tahun ini, Adam berjaya memenangi USD348,248 hasil kemenangan beliau sepanjang tahun bersama pasukan Fnatic.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

fnatic

Menurut Adam, menjadi seorang pemain professional Dota 2 bukanlah satu perkara yang mudah. Ianya memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Beliau terpaksa berkorban masa 8 hingga 10 jam sehari menghadap Dota 2 untuk berlatih dan menyiapkan diri untuk setiap tournament. Menurut Adam, untuk membuat dan mengulang perkara yang sama setiap hari memerlukan komitmen dan disiplin yang tinggi.

“Permainan Dota 2 ini sangat kompleks dan berlainan walaupun ia nampak sama bagi umum yang tidak pernah bermain permainan ini. Setiap keputusan yang anda buat walaupun kecil akan memberi kesan kepada permainan anda. Jadi anda perlu cepat buat keputusan jika tidak anda akan ketinggalan,” tambah Adam.

Industri Esports ini dijangka berkembang sehingga USD1.2 billion dalam masa beberapa tahun lagi. Anda boleh lihat temubual Adam Shah di bawah atau baca rencana penuh di Passion Portraits. Tiada yang mustahil jika anda hendak ikut jejak langkah Adam Shah. Teruskan ber-Dota guys!