Pada tahun 2007, Lane Becker adalah pengasas sebuah startup perkhidmatan pelanggan iaitu Get Satisfaction bersama Thor dan Amy Muller.

Pada tahun 2010, ada pihak menawarkan sejumlah wang untuk membeli startup mereka tetapi telah menolaknya kerana mereka percaya startup itu bernilai lebih tinggi. Selepas menolak acquisition interest pada tahun 2011, syarikat tersebut telah berjaya tingkatkan $10 juta pada penilaian $50 juta. Itu menjadikan jumlah terkumpul meningkat ke hampir $21 juta.

Pada minggu lepas Get Satisfaction telah dibeli oleh Sprinklr, sebuah syarikat pengurusan media sosial pada satu jumlah yang tidak didedahkan. Pastinya pengasas dan pelabur teruja. Namun, Becker telah muntah selepas menandatangani kertas kerja pembelian tersebut kerana dia tahu terma tidak berapa baik buatnya.

Sebenarnya, Lane Becker dan pelabur terawal tidak melihat sedikit pun wang apabila bisnes perkhidmatan pelanggan ‘Get Satisfaction’ dibeli pada sesi fire sale tersebut. Fire sale dilakukan apabila sesebuah syarikat yang berada dalam keadaan terdesak dan perlu segera mencari pembeli atau syarikat itu akan ditutup.

Menurut Becker, Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan semasa dan beberapa pelabur later-stage Get Satisfaction mendapat kebaikan daripada pengambilalihan tersebut tetapi tidak bagi Becker dan pelabur awal, termasuk First Round Capital, SoftTech, Freestyle Capital and O’Reilly Alpha Tech Ventures.

Keadaan bertambah lebih buruk apabila Becker tidak menyedari proses penjualan tersebut sehingga dia diberitahu oleh staf yang membocorkan hal tersebut kepadanya. Dia terpaksa mengupah peguam untuk memahami terma dan maklumat pengambilalihan ini.

Jadi, bagaimana pengasas sebuah syarikat bernilai $50 juta menjadi tidak berkuasa dan tidak berwang semasa pengambilalihan ini? Kumpulan pengasas startup Get Satisfaction telah hilang kawalan ke atas syarikat mereka kepada pemodal usaha niaga (venture capitalists).

Becker telah memberitahu Business Insider bahawa dia dan kumpulan telah melakukan dua kesilapan besar:

1. Hilang kawalan ke atas bisnes mereka kepada pemodal usaha niaga.

Syarikat mengambil lebih dana, itu membuatkan pelabur mengambil lebih banyak bahagian dari kumpulan pengasas dan $10 juta dana dengan penilaian $50 juta itu telah menjadi perangkap. Apabila Get Satisfaction dijual kepada Sprinklr, itu adalah satu episod “fire sale” yang lengkap buat mereka aka tersingkir.

 

“We took a $10 million investment very prematurely […] At the time we were entertaining some acquisition offers. In hindsight, they would have been wise acquisition offers to take. The executive team got stars in their eyes about the money and took the investment. When you raise $10 million at a $50 million valuation, that is a serious promise you’re making with your business.”

 

2. Tidak jujur tentang status bisnes mereka dalam pasaran.

Kumpulan pengasas tidak cukup jujur dengan diri mereka tentang di mana status bisnes mereka di pasaran sebelum menaikkan pusingan besar pembiayaan pada penilaian yang tinggi. Mereka sedar mereka mula hilang kawalan ke atas syarikat itu ketika mereka meningkatkan $6 juta dalam Siri A startup dan terperangkap pada peningkatan dana $10 juta.

Walaupun ini semua telah berlaku, Becker tidak menyalahkan semua pelaburnya. Dia menyatakan pelabur peringkat awal, termasuk O’Reilly AlphaTech, Kapor, dan First Round Capital, adalah fantastik dan bisnes tidak akan wujud tanpa kehadiran mereka. Dia sedar:

 

“I understand venture capital is a game and we lost […] Although I admit I thought it was more a game of chess and it’s more a ‘Game of Thrones.'”

 

Ini adalah kata-kata sangat jujur Becker di Twitter tentang apa pengambilalihan startup benar-benar boleh beri kesan kepada pengasas startup.

twitter lane becker

Sumber: Business Insider, Next Shark, Inc.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram