Ianya mungkin tidak masuk akal tetapi bisnes ini memang wujud! Seorang usahawan muda dari Britain, Leo De Watts, 27 tahun menubuhkan syarikat Aethaer yang menjual satu balang udara segar dari Britain dengan harga 80 pound (lebih kurang RM481).

air supp 1

BeFunky-collage (93)
HYPE
Tahan Lebih Daripada 3 Tahun, Huawei MateBook 14 Ini Akan Mengubah Hidup Anda
Baca lagi →

Leo terdetik hati untuk memulakan bisnes pelik ini akhir tahun 2015 apabila beliau melihat kejayaan syarikat Vitality (yang membuat bisnes yang sama) menjual produknya di negara China. Beijing sedang berhadapan dengan masalah pencemaran udara yang teruk ketika ini dan disebabkan itu, produk Vitality mendapat sambutan.

Menurut Leo, produknya adalah lebih berkualiti jika dibandingkan dengan Vitality. “Produk Aethaer boleh disamakan satu level dengan Louis Vuitton atau Gucci,” tambah Leo.

Produk Aethaer merangkumi udara dari kawasan segar di Dorset, Somerset dan Wales. Dan ada juga pelanggan yang mahukan udara dari tempat yang tertentu. Ada client yang meminta udara dari kawasan pergunungan dan ada juga yang mahukan udara dari kawasan lembah.

airr 3

Leo sekarang ini menetap di Hong Kong dan beliau menyatakan bahawa beratus balang sudah terjual terutamanya kepada pelanggan di Shanghai dan Beijing.

Sekarang ini, semua benda boleh dijadikan wang. Anda hanya perlu kreatif sahaja. Boleh lihat video di bawah bagaimana Leo dan pasukannya memperoleh udara untuk produknya itu. Mungkin akan ada startup jual udara kampung dari Malaysia satu hari nanti?

Anda Mungkin Suka