Siapa di sini yang tidak suka untuk dikenali oleh ramai orang? Akan tetapi, adakah anda membuat perkara yang memalukan atau menipu hanya untuk meraih ‘retweet’ atau ‘like’.
Baru-baru ini, kecoh di laman sosial Twitter apabila seorang pengguna Twitter Adam Daniall telah meluahkan perasaan kepada crushnya jika tweetnya mendapat 2 ribu retweet. Setelah itu, Adam telah berkongsi bagaimana dia telah meluahkan perasaan kepada crushnya.
my timeline right now :
5rt aku confess kat crush aku
10rt aku confess kat crush aku
15rt aku confess kat crush aku
20rt aku confess kat crush aku
25rt aku confess kat crush akuhaih aku tak minta banyak 2k rt aku confess kat crush aku hahshsgahaconfirm tak dapat 😂😂😂😂
— آدم دانيال (@adam_daniall) September 2, 2019

Adam telah berkongsi di Twitter perbualan antara dia dan crushnya. Lebih mengejutkan apabila crushnya turut memiliki perasaan yang sama.
Justeru itu, netizen mengucapkan tahniah kepada Adam kerana berjaya meluahkan perasaan dan mendapatkan orang yang disukai.
okay sekarang aku dah boleh tidur lena ! HAHAJAHAHAHAHABAHA pic.twitter.com/kKLyTyPDfw
— آدم دانيال (@adam_daniall) September 2, 2019
Bukan apa yang dipamerkan adalah kebenaran sebenarnya. Seorang pengguna Twitter Aida Azira mengatakan Adam sebenarnya berbohong dan mendakwa gambar ‘crush’ yang digunakan adalah gambar miliknya.
Malah, Aida juga mengatakan bahawa Adam melakukan perkara tersebut semata-mata untuk mendapatkan ‘retweet’ dan ‘like’ sahaja. Perkara tersebut mula menjadi buah mulut netizen.
TAPI MASALAHNYA PROFILE PICTURE CRUSH KAU TU GAMBAR AKU HAHAHAHAHAHAHAHAHAAHAH GUYS LAWAK GUYS https://t.co/VIuQwcnsSs
— Aidaazira (@aidaazirx_) September 3, 2019
Berikutan pendedahan tersebut, Adam telah meminta maaf secara personal kepada Aida kerana salah faham yang terjadi. Adam juga berharap perkara tersebut dapat diselesaikan dengan baik.
That guy dah minta maaf tapi i dont get the point. So jangan lah pandai pandai buat apa apa melibatkan hal orang lain. Sendiri buat.. sendiri apa? Tanggung. Sekian drama tercyduk pic.twitter.com/0wqlx2MHOa
— Aidaazira (@aidaazirx_) September 4, 2019
Justeru itu, segelintir netizen berasa diri mereka telah ditipu dan berasa kelakar dengan ‘drama’ ini. Malah, ada yang mengatakan Adam ni terlalu obses dengan ‘like’.
Ak je ke rasa mamat ni batak likes n rt? Then cipta "crush" kononnya, walhal wsap balas sndr. HAHA acah2 tercrush sejak reply dm IG. Poorah. Bak mai ig pompuan tu yg brni curi then ngaku gmbr sndr? Tah wjud tah idok. Hahaha cara blas wsap pun da tau. Dgn englishnya. Murung jp 😂
— Sarah Lavista ™ (@SarahLavista) September 3, 2019
Apa pendapat anda dengan isu ini penipuan semata-mata ingin menjadi terkenal ini? Anda mungkin berminat untuk baca artikel berkaitan menangani ‘scammer’ di bawah.
Penulis Novel ‘Aku Mahu Hidayah’ Dedahkan Cubaan Menipu Aiman Banna
Lihat Apa Yang Terjadi Jika Anda Menipu Dalam Ujian ‘Lie Detector’
- SUMBER
- Adam Daniall
- Aida