Isu timbunan sampah yang datang daripada dalam dan luar negara nampaknya semakin serius di negara kita. Ditambah pula dengan mentaliti segelintir Rakyat Malaysia yang masih lagi membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya telah membuatkan isu pencemaran semakin berleluasa.

Terbaharu, seorang pengguna Facebook iaitu Prof. Dr. Andy Hickson telah meluahkan kekecewaan beliau terhadap sikap orang ramai yang membuang sampah di hutan yang dikatakan berdekatan Jalan Gombak. Marah dengan sikap orang ramai, beliau turut memuat naik video bagi memaparkan timbunan sampah yang dibuang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berdasarkan video dan gambar yang dimuat naik, dapat dilihat timbunan plastik, sisa makanan dan beg Foodpanda yang sekaligus membuatkan netizen tertanya-tanya apakah kaitannya beg Foodpanda yang dibuang. Berikut merupakan perkongsian daripada Prof. Dr. Andy Hickson. Menurut perkongsian beliau, pembuangan sampah ini berpunca daripada masyarakat yang berada di sekitar kawasan tersebut.

Perkongsian beliau bukan sahaja menimbulkan kekecewaan buat beliau sendiri malah orang ramai setelah video yang dimuat naik di Facebook telah dikongsi oleh 1,600 pengguna. Para netizen juga nampaknya turut cuba memaklumkan kepada Foodpanda serta pihak yang terlibat mengenai isu yang berlaku agar tindakan dapat diambil.

Pengasas ‘The Ocean Cleanup’ juga nampaknya terkejut dengan sampah yang ditemui di perairan Malaysia. Turut dikongsikan, pelancong luar yang dikecam hanya kerana ‘sekolahkan’ Rakyat Malaysia mengenai pembuangan sampah.

Pelancong Luar Dikecam Kerana ‘Sekolahkan’ Rakyat Malaysia Buang Sampah Merata-Rata

Pengasas ‘The Ocean Cleanup’ Terkejut Dengan Sampah Yang Ditemui Di Perairan Malaysia

 

Sumber