Menghasilkan sebuah karya lukisan kreatif di dinding atau mural grafiti yang membawa maksud tersurat dan tersirat sesuatu mesej kepada umum pasti mengundang rasa bangga kepada si pelukis. Lebih indah apabila segala idea dan kreativiti yang dicurahkan untuk menghasilkan lukisan itu mendapat pengiktirafan orang ramai. Tetapi sikap sesetengah individu yang tidak menghargai karya-karya sebegini menimbulkan rasa kecewa beberapa pihak.

Terbaharu, seorang pengguna Facebook Fauzee Nasir menulis satu status di ‘wall’ Facebooknya meluahkan rasa kurang berpuas hati dengan sikap krew produksi yang menjalankan penggambaran di sebuah lorong pejabat di Taman Melawati pada hari ahad lalu. Mereka dikatakan dengan sesuka hati mencabut poster yang tertulis “jangan buang sampah” yang dilekatkan serta menyembur cat merah di dinding grafiti yang telah mengubah gambaran asal lukisan tersebut. Ia kelihatan seolah-olah satu perbuatan vandalisme yang tidak bertanggungjawab.

apple-iphone-11-pro-camera-memes-01
HYPE
5 Mitos Yang Tidak Benar Tentang iPhone 11
Baca lagi →

Screenshot_20190916-152529

70386830_10156506856808513_7138005946806042624_o70358204_10156506856773513_5555295349880389632_o70088037_10156506856823513_2691509275435466752_o

Menurut beliau, seramai tiga artis grafiti terlibat untuk menghasilkan lukisan tersebut khas untuk pameran A.P Art Gallery dan harganya bukan murah. Beliau juga sebenarnya tidak melarang sekiranya ada pihak yang mahu melakukan penggambaran di situ tetapi haruslah menghormati hasil tangan pelukis grafiti yang telah berpenat lelah menghabiskan masa dan tenaga untuk menghasilkannya.

Ekoran daripada posting tersebut, pihaknya berharap supaya ia tular dan mesej ini sampai kepada pihak produksi tersebut. Ramai netizen memberikan pelbagai pendapat dan komen mengenai sikap produksi yang dilihat seolah-olah ‘lepas tangan’.

Screenshot_20190916-152542

Screenshot_20190916-152547

Screenshot_20190916-152553

Sehubungan itu, diharap pihak produksi yang terlibat tampil untuk menjelaskan perkara sebenar dan menjernihkan keadaan ini kerana amat tidak wajar sebagai orang awam merosakkan semua karya seni itu dengan sewenang-wenangnya.

Sebelum ini pernah berlaku beberapa insiden hasil seni dirosakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Anda boleh klik artikel di bawah untuk info lebih lanjut.

Lelaki Ini Luah Kekecewaan Karya Seni Artis Tempatan Hancur Di Balai Seni Negara

Mengapa Tidak Adil Netizen Menghukum Seni ‘Tarian’ Teater Terlalu Awal

Guna Karya Seni Tanpa Izin, H&M Dilanda Kontroversi Lagi

Anda Mungkin Suka