Seorang jurutera berusia 83 tahun, Uri Rafaeli kehilangan rumahnya selepas gagal membayar cukai hartanah sebanyak RM35.00.

Ya, itulah harga sebuah kehilangan yang Rafaeli perlu bayar, lapor Forbes.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Rafaeli membeli rumah di Southfield pada tahun 2011 dengan harga RM249,570.00 dan didaftarkan kepada Pejabat Pendaftaran Oakland County pada 6 Januari 2012.

Dia turut menyewakan rumah tersebut bagi tujuan untuk menambah pendapatannya untuk membiayai persaraannya.

Rafaeli percaya bahawa beliau telah membayar cukai hartanah tepat pada masanya, tetapi pada tahun 2012, dia menerima notis kegagalan bayaran cukai hartanah sejak 2011 sebanyak RM2,063.00.

Dia membayar baki cukai hartanah tersebut pada tahun 2013, tetapi kerana kesilapan kecil, dia masih berhutang sebanyak RM35.00 – dia dikhabarkan terlepas pandang faedah yang dikenakan disebabkan kelewatan membayar cukai 2011.

Disebabkan hanya RM35.00, Oakland County telah merampas rumahnya dan meletakkannya di dalam lelongan.

Dia membawa kes ini ke mahkamah dan apa yang dilakukan oleh Oakland County adalah mengikut undang-undang, sejak tahun 1999, Michigan telah mengizinkan pejabat pendaftar untuk mengutip cukai yang tidak berbayar dan merampas harta yang gagal untuk melangsaikan hutang.

Manakala di Malaysia pula, Bank Negara telah menyatakan bahawa harga rumah di Malaysia sangat tidak mampu milik. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Harga Rumah Di Malaysia Sangat Tidak Mampu Milik Menurut Bank Negara Malaysia

‘Alstonia Hilltop Homes’ Perumahan Eksklusif Buat Warga Kota Di Sungai Buloh

 

Sumber