Pelbagai reaksi telah dilontarkan oleh pengguna internet terhadap rakaman video kemalangan Mercedes-AMG E43 yang masih ‘hangat’ menjadi bualan orang ramai.

Perkongsian daripada pengguna Facebook, Azad Jasmi yang berpengetahuan luas dalam bidang automotif berkongsi tentang panduan serta iktibar yang kita boleh belajar daripada insiden yang berlaku supaya kita lebih berjaga-jaga semasa membawa kereta keluar dari bilik pameran untuk pandu uji.

Iktibar Daripada Insiden Ini Untuk Pemandu

Sedikit iktibar yang boleh kita pelajari dan ambil dari insiden ini. Saya menerima video ini dan perkongsian ini tiada niat untuk memburukkan jenama kenderaan atau pun pemandu. Sekadar untuk sama-sama kita memberikan peringatan. (Tanpa Prejudis).

Kemalangan ialah sesuatu yang tidak pernah dipinta oleh sesiapa. Jadi penulisan kecil kali ini bukanlah ingin mencari salah laku pemandu atau sesiapa yang terlibat tetapi sekadar untuk menjadi peringatan buat saya sendiri serta pembaca.

Tiada prejudis buat mana-mana pemandu. Kita tidak tahu punca sebenar berlakunya kemalangan dan artikel kecil ini hanya untuk panduan sahaja.

1. Kenderaan yang hebat dengan sistem brek dan suspensi mahal bukanlah ‘lesen’ untuk kita memandu laju di atas jalan raya lebih-lebih lagi pada kawasan perumahan, pada kawasan pusat perniagaan atau jalan-jalan yang ramai kenderaan.

2. Jangan sesekali kita underestimate kekuatan kenderaan dan overestimate keupayaan diri.

3. “Aku dah ada lesen dekat 20 tahun lebih, aku pernah masuk lumba, aku tahu sistem kereta aku, aku pernah itu ini, aku biasa bawa sports car, aku dah masuk kelas defensive driving, aku selalu masuk race.” Ini semua bukan lesen membolehkan kita pandu laju di jalan raya sewenang-wenangnya. Kata-kata ini bukanlah satu validasi yang melayakkan kita memandu dengan laju.

4. Sikap diri, ego diri, adab pemanduan itu bukan berdasarkan berapa lama anda dapat lesen atau berapa mahal sistem kenderaan kita. Sikap ini perlu dibentuk dan jangan jadikan jalan raya untuk tempat nak test power, hendak jadikan tempat suruh kawan rasa kereta yang baru ditala, hendak test sistem brek dan sebagainya.

mercedes-accident-3-1-side
Sumber Gambar: WhatsApp

5. Kita menekan minyak dengan laju dan akhirnya tahap brek anda itu tidak terlaksana dengan baik, bukan kerana brake pads itu salah tapi tahap ilmu pemandu dan sikap pemandu yang memilih lapangan yang salah untuk test power. Ini kerap kali berlaku.

6. Ramai menganggap suspensi sport dan rendah, tayar lebar, tukar rim sport, tukar ‘brake pads berprestasi tinggi’ dah membolehkan anda memandu laju. Dan mereka rasa kenderaan mereka ini sudah layak untuk dipandu laju.

7. Tingkatkan ilmu pemanduan dan ilmu pemanduan ini bukan sahaja skil fizikal mengawal kenderaan tetapi skil kematangan diri untuk mengawal emosi agar tidak mudah terpengaruh dengan ajakan kenderaan lain atau mudah teruja dengan kenderaan lain di atas jalan raya. Kematangan mengawal emosi juga ilmu pemanduan yang jarang diambil berat.

8. Sebelum memandu, elok berdoa dan bertawakkal. Buangkan rasa ego dijalan raya.

vocket-pesanan-pandu-uji-kereta-header

9. Tidak kira jenama kenderaan apa atau jenama tayar apa pun, atau jenama brek, ini tidak boleh Defy the law of physics atau menentang lumrah fizik bila hujan. Elok perlahankan kenderaan.

10. Sekali lagi peringatan, jalan raya bukan tempat berlumba atau tempat nak pamerkan kelajuan kenderaan atau kemahiran pemandu kerana ia boleh mencederakan orang lain jika berlaku kemalangan.

11. Jika kita memandu kenderaan yang belum pernah kita pandu, dapatkan dahulu ‘feel’ kekuatan engine, tahu keupayaan brek serta bagaimana response steering serta ‘behaviour’ kenderaan tersebut. Elakkan terus nak uji power jika kita memandu uji kenderaan baru atau mana mana kenderaan yang belum pernah kita cuba sekalipun kenderaan rakan-rakan kerana ‘feedback’ kenderaan itu mungkin diluar jangkaan kita dan di luar kemampuan skil kita.

Yang baik datangnya daripada Allah dan buruk itu daripada saya dan ini juga peringatan buat diri saya sendiri.

Safety First, Last, & Always.

Baru-baru tular satu rakaman video bagaimana insiden kemalangan yang berlaku semasa pandu uji sebuah kereta Mercedes-AMG E43. Klik pautan di bawah untuk baca lebih lanjut.

Pemandu Selamat Walaupun Kereta ‘Total Lost’, Proton X50 Layak Terima Penarafan NCAP ASEAN 5-Bintang

MILDEF Buktikan Syarikat Tempatan Mampu Hasilkan Kereta Berperisai Bertaraf Antarabangsa