Sebagai pemilik kenderaan, memang sudah menjadi satu kebiasaan untuk membeli beberapa aksesori kereta untuk ‘menghias’ kenderaan masing-masing supaya nampak menjadi lebih cantik.

Terbaharu, tular satu ciapan yang berkongsikan bahaya penggunaan beberapa aksesori kereta yang sering digunapakai oleh orang ramai. Walaupun nampak kecil, tetapi ia memberikan impak sangat besar sekiranya berlakunya kemalangan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Antara beberapa aksesori kenderaan yang perlu diberikan perhatian oleh orang ramai ialah —

  1. Karpet tidak padan saiz
    Apabila pemilik kenderaan memasang karpet tidak mengikut saiz yang bersesuaian, ia akan menyukarkan pemandu untuk mengawal pedal minyak dan brek lalu boleh menyebabkan kemalangan.
  2. Cover dashboard
    Ia boleh mengganggu airbag untuk keluar bagi menyelamatkan pemandu dan penumpang hadapan sekiranya berlaku kemalangan yang teruk.
  3. Seat belt extender
    Aksesori ini bukan sahaja boleh menyebabkan pemandu dan penumpang hadapan boleh terpelanting ke hadapan sekiranya ianya tercabut semasa brek kecemasan, bahkan ia boleh menyebabkan pihak insurans tidak boleh membenarkan pemilik kenderaan membuat sebarang tuntutan insurans.
  4. Pelekat pada steering
    Walaupun ianya nampak cantik pada mata pemilik kenderaan, tetapi ia boleh menyebabkan pemandu tercedera sekiranya airbag pada bahagian steering kenderaan terbuka.

Perkongsian ciapan tersebut telah meraih pelbagai maklum balas pengguna Twitter lain yang baru sedar aksesori yang sedang digunakan boleh memudaratkan diri mereka pada masa akan datang.

Kongsikan artikel ini kepada ahli keluarga atau kenalan yang sedang menggunakan salah satu aksesori yang disenaraikan di atas agar mereka semua dapat mengelak daripada mengalami kesukaran pada masa hadapan.

Sukar keluar untuk pergi renew lesen? Baca perkongsian di bawah bagaimana gadis ini boleh perbaharui lesen secara online sahaja.

Mudah Dan Cepat, Gadis Ini Kongsikan Cara Untuk ‘Renew’ Lesen Secara Online

Peguam Ini Kongsi Cara Selesaikan Denda Kesalahan Jalan Raya Yang Melibatkan Mahkamah

Sumber