Jika anda berada di sosial media dengan kerap (terutamanya di musim PKP ini) pasti anda akan selalu menonton video-video masakan dan resipi. Dan bila berbicara mengenai perkongsian resipi dan cara masakan ini, nama Khairuluaming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman bukanlah nama yang asing dalam kalangan netizen Malaysia.

Perkongsian video masakannya sebelum ini bukan sahaja diminati ramai malah berjaya membuatkan kita semua terliur dengan hanya menontonnya. Salah seorang daripadanya adalah Auni Izzati yang kisahnya mencuri tumpuan di media sosial sejak beberapa hari ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kenapa kisahnya mencuri tumpuan? Ianya berlaku selepas hajat beliau yang kini sedang mengandung anak sulung untuk menikmati makanan yang dimasak personaliti media sosial itu tular. Ia susulan permintaannya itu dibuat sendiri suaminya di salah satu hantaran Khairulaming di Twitter.

Permintaan beliau dan suaminya itu kemudiannya direalisasikan oleh Khairulaming yang memasakkan beberapa hidangan dan menghantarnya sendiri kepada pasangan suami isteri berkenaan.

Teruja dengan kisah mereka, kami kemudiannya menghubungi suami beliau, Ashraff untuk mengetahui bagaimana beliau berjaya memenuhi hajat isterinya yang kini sedang mengandung anak sulung mereka.

Sudah cuba tapi isteri kata tak sama

Bercerita kepada The Vocket, si suami yang mahu dikenali sebagai Ashraf memberitahu isterinya sebelum ini memang meminati masakan oleh personaliti media sosial berkenaan dan beliau sendiri pernah mencuba untuk memasak menggunakan resipi dan cara yang diajar Khairulaming.

Bagaimanapun, percubaannya untuk memasak kway teow daging seperti yang diajar Khairulaming di media sosial itu kurang menjadi dan menurut isterinya “bila dia (isteri) tengok dia rasa dia kata tak sedap macam dalam video Khairulaming, padahal saya memang ikut satu-satu cara dia masak dalam video“. 

Tidak mahu mengecewakan isterinya dan ‘hendak dijadikan cerita’, beliau kemudiannya ternampak ciapan yang telah dibuat Khairulaming di Twitter yang mengumumkan untuk melakukan giveaway bersempena dengan pencapaian meraih 500K pengikut di media sosial.

Sekadar mencuba nasib pada awalnya, beliau bagaimanapun terkejut selepas permintaannya itu telah mendapat perhatian daripada Khairulaming sendiri sehingga beliau datang untuk menghantar makanan kepadanya dan isteri seperti yang tular di media sosial beberapa hari ini.

Bercerita lanjut mengenai reaksi isterinya apabila menerima kejutan daripada Khairulaming itu, Ashraff memberitahu “hanya tuhan sahaja yang boleh membalas jasa baik Khairulaming”.

“Memang diam (isteri), tak minta dah untuk minggu ni, minggu depan tak tahu lah pula kan orang mengandung ini macam-macam hal,” selorohnya.

Daripada dirinya pula, Ashraf menjelaskan masakan yang dimasak Khairulaming adalah sama dengan apa yang ditonton kita semua sebelum ini di media-media sosial.

“Apa yang boleh saya share, macam mana yang (kita) tengok dalam video nampak sedap, memang in real life (dunia sebenar) pun sedap sangat,” kongsinya.

Pasangan suami isteri Ashraf dan Auni Izzati ketika temu bual bersama kami juga memberitahu mereka sahaja mendirikan rumah tangga pada Mac lalu sebelum bermulanya siri perintah kawalan pergerakan di negara kita.

Kini, selepas beberapa bulan mendirikan rumah tangga, mereka difahamkan sedang menanti kehadiran bayi pertama mereka tidak lama lagi.

Baca juga perkembangan semasa di media sosial ketika ini melalui pautan yang kami sediakan di bawah. 

‘Fahami Dan Hormat’, Netizen Kongsi Pengalaman Berurusan Dengan OKU Selepas Baca Kisah Azmi Saat

Tidak Peka Dan Beradab, Netizen Kecewa Geng Basikal ‘Selfish’ Guna Jalan Raya

Kena Terjah Ketika Siaran Langsung, Netizen Akui Masih Merindui Kelibat Inspektor Mazlan