Masyarakat kita sememangnya terkenal dengan sikap pemurah terutamanya buat mereka yang memerlukan dan juga kepada orang yang mereka terhutang budi.

Walaupun ada ketikanya bantuan itu tidak diminta namun orang kita pasti saja akan mencari jalan untuk membantu dan bersedekah seperti yang dilakukan @Fakhrulrareza baru-baru ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi ciapan di Twitter, beliau telah berkongsi bagaimana usahanya untuk membeli makanan kepada petugas barisan hadapan makanan bertukar menjadi ‘usaha berkumpulan’ selepas pelanggan lain yang berada dalam restoran turut serta dengan inisiatif yang dilakukannya.

Bercerita mengenai kejadian itu, beliau yang dalam perjalanan pulang selepas menderma darah telah singgah di sebuah restoran makanan segera untuk membelikan makanan dan diberikan kepada petugas barisan hadapan di sekatan jalan raya.

Disebabkan pesanan yang dibuat oleh beliau agak banyak, juruwang kedai tersebut telah bertanyakan kepada beliau jika terdapat apa-apa sambutan yang beliau ingin raikan.

Jadi, beliau telah membalas dengan mengatakan bahawa beliau ingin memberi makanan tersebut kepada petugas barisan hadapan.

Semua ‘top-up’ sedikit sebanyak

Perkara tersebut telah menyebabkan beberapa orang yang berada di dalam kedai itu terdengar akan perbualan tersebut malah bertindak memberi sejumlah wang untuk membayar makanan yang dipesan.

“Dia cakap ni dia topup sikit, jangan guna duit aku sahaja. Selepas itu, seorang demi seorang hulur duit. Semua cakap benda yang sama.

“Terharu juga padahal tidak kenal mereka tapi semuanya baik-baik. Rakyat Malaysia masih ramai yang baik, yang bagi duit tadi pun semuanya berlainan kaum,” kata beliau di untaian (thread) tersebut.

Sewaktu dihubungi pihak The Vocket, beliau telah menjelaskan bahawa perkara tersebut merupakan kali pertama beliau lakukan kerana beliau amat kasihan melihat mereka yang kepenatan dalam memikul tanggungjawab sebagai petugas barisan hadapan.

“Ini pertama kali saya lakukan sebab saya terkesan lihat kepenatan mereka sewaktu bertugas. Apa yang saya cuba lakukan adalah lebih kepada mahu menggembirakan mereka,” kata beliau.

Di kesempatan itu, beliau turut memesan bahawa beliau berharap umum tidak alpa dalam menjaga prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan dan juga berharap lebih ramai tampil menderma darah di mana-mana hospital berhampiran kerana pihak mereka benar-benar memerlukannya.

Baca perkongsian kami yang sebelum ini mengenai Qatar Airways yang mahu beri 100,000 tiket percuma buat petugas barisan hadapan melalui pautan di bawah

Qatar Airways Mahu Beri 100,000 Tiket Percuma Buat Petugas Barisan Hadapan Bermula Hari Ini

Ada Gerakan Penindasan Ke Atas ‘Frontliner’ Di Perak, Dilarang Masuk Ke Kedai Untuk Beli Barang

‘Masih Jauh Dari Berpenghujung’- Dr Noor Hisham Kenang Setahun Melawan COVID-19

Sumber