Anda tidak berbakat dalam melukis atau pun membuat penulisan berkenaan sesuatu perkara? Kini bukan satu masalah besar lagi kerana sudah wujud teknologi artificial intelligence (AI) yang boleh membantu untuk menghasilkan gambar berserta penulisan dalam masa yang singkat.

Menerusi akaun TikTok @syafulmohamed, beliau berkongsi tentang cara mudah untuk membuat maskot bersama deskripsi dalam masa yang singkat menggunakan program teknologi AI. Kedua-dua program AI yang dimaksudkan adalah Midjourney bot dan ChatGPT.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: TikTok @syafulmohamed

Untuk membuat maskot yang diminati, anda perlu mengakses saluran Discord Midjouney bot terlebih dahulu. Selepas itu, anda hanya perlu masukkan ciri-ciri yang dimahukan pada maskot yang ingin dihasilkan. Kemudian, AI tersebut bakal lukiskan untuk anda secara automatik.

Lebih terperinci penerangan yang anda tuliskan, lebih bagus hasil gambar yang dihasilkan oleh AI tersebut. Untuk makluman, anda boleh mencuba penghasilan gambar sebanyak 25 kali sahaja secara percuma dan perlu membuat langganan sekiranya mahu akses tanpa had menerusinya.

cara hasilkan maskot
Sumber Gambar: TikTok @syafulmohamed

Selepas sudah siap maskot yang diinginkan, kini tiba pula masanya anda membuat deskripsi atau penerangan untuk maskot tersebut. Anda boleh berbuat sedemikian dengan mudah menerusi ChatGPT. ChatGPT merupakan sebuah program AI yang boleh berinteraksi bersama manusia dan juga menghasilkan penerangan seperti yang dipinta.

Seperti senario di dalam video, beliau mahukan penerangan berkenaan maskot harimaunya yang meminati badminton dalam masa yang sama mahu menyatukan kesemua pencinta badminton di Malaysia. ChatGPT bakal menyediakan sebuah karangan berkenaan maskot tersebut.

Jika mahu  penerangan yang lebih pendek, anda hanya perlu menaip create a tweet dan selepas itu AI bakal sediakan sebuah ringkasan untuk ciapan di laman sosial. Selain itu, anda boleh juga mendapatkan penerangan dalam bahasa Malaysia menerusi ChatGPT.

@syafulmohamed

Lukis & tulis dengan lebih mudah! #draw #mascot #chatgpt #midjourney #badmintonmalaysia #malaysiatiktok #malaysiaopen

♬ Biarlah Semua Berlalu – Willy Anggawinata

Kesemua proses penghasilan maskot bersama deskripsi boleh dibuat dalam masa lima minit sahaja. Dalam pada itu, ChatGPT juga boleh digunakan oleh anda untuk menghasilkan puisi, sajak atau pantun dengan mudah menerusinya.

Jadi, kini anda juga berpeluang menghasilkan maskot yang diidamkan tanpa perlu mempunyai skil melukis dan juga penulisan untuk penerangannya. Menariknya, kedua-dua program AI ini boleh diakses secara percuma setakat ini.

Sumber