Nota Editor: Terima kasih kepada Tuan Firdaus Pay kerana menulis dan berkongsi penulisan ini di The Vocket.

BACA: Berapa Simpanan Bulanan Anda? Pandangan Lelaki Ini Mungkin Buat Anda Merenung Jauh Ke Dalam Diri

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pelaburan ASB Cara Newbie

firdaus-pay
Penulis, Firdaus Pay

Kenapa Pelaburan ASB?

Pelaburan ASB adalah antara pelaburan "fixed price" tetapi tidak "capital guaranteed". "Fixed price" tetapi tidak "capital guaranteed" bermaksud jika kita melabur sebanyak RM1000, duit kita akan sentiasa ada RM1000 dalam simpanan walau apa pun yang terjadi.

Berbeza dengan pelaburan saham amanah lain yang tidak "fixed price" dan tidak "capital guaranteed". Ini bermaksud jika melabur RM1000, esok mungkin pelaburan kita hanya tinggal RM900, kerana kejatuhan nilai seunit saham amanah tersebut sebanyak 10% mengikut harga pasaran biasa yang berubah-ubah.

Pelaburan ASB Harus VS Patuh Syariah?

Ya, pelaburan ASB harus mengikut Majlis Fatwa Kebangsaan atas alasan untuk memajukan ekonomi bumiputera di Malaysia.

Ya, pelaburan ASB buat masa ini, masih belum 100% patuh syariah. Ini kerana PNB sebagai pelabur institusi masih melabur dalam syarikat berkaitan kerajaan (government linked company atau GLC) seperti Maybank dan CIMB yang pastinya bukan syarikat 100% patuh syariah.

Cara Melabur ASB Yang Saya Amalkan

Tahun 2007, saya buat pinjaman ASB sebanyak RM10,000, bayaran bulanan hanya RM87 sebulan untuk jangka masa 20 tahun. Pinjaman ASB ini dibuat semasa saya masih di tahun akhir pengajian Ijazah Sarjana Muda. Kiranya masa masih belajar lagi dah ada pinjaman ASB!

Saya mula bekerja pada tahun 2009, jadi pada tahun itu, saya telah membuat pinjaman ASB sebanyak RM30,000 lagi, bayaran bulanan sekitar RM170 selama 20 sehingga 25 tahun.

Bila gaji tahunan saya bertambah pada tahun 2010, saya telah membuat pembiayaan ASB baru sebanyak RM30,000, bayaran bulanan sekitar RM180 selama 20/25 tahun. (Bayaran pembiayaan islamik adalah sedikit tinggi dari pinjaman konvensional.)

Pada tahun 2011, saya telah membuat pinjaman lagi sebanyak RM30,000. Bayaran bulan sekitar RM180 selama 20 sehingga 25 tahun.

Kesemua pinjaman saya bernilai RM90K akan ditolak terus daripada penyata gaji saya. Ini saya namakan sebagai konsep "force saving", kerana gaji saya akan ditolak pinjaman ASB dahulu, baru saya boleh gunakan untuk perbelanjaan lain.

Berbeza dengan pinjaman ASB sebanyak RM10K saya yang dipotong melalui arahan pemotongan bulanan daripada akaun simpanan saya melalui "standing instruction".

Saya hanya pernah ada RM100K untuk pinjaman ASB saya, walaupun secara realitinya saya mampu untuk membuat pinjaman ASB secara maksimum sebanyak RM200K!

Bak kata seorang otai hartanah tu, "divide & conquer" (Sydez Fadzil) pecahkan pinjaman ASB kepada banyak pinjaman supaya boleh dapat banyak sijil ASB!

Tetapi simpanan ASB biasa saya pernah mencapai sebanyak RM30,000. Agak banyak untuk simpanan ASB yang biasa, yang tidak menggunakan pinjaman ASB.

Simpanan inilah yang boleh saya gunakan untuk hal kecemasan dan pelancongan saya ke luar negara hampir setiap tahun!

Tip Pelaburan Pinjaman ASB Untuk Newbie.

1. Tetapkan matlamat pelaburan ASB

Contoh matlamat pelaburan ASB:

  • Untuk membeli rumah.
  • Untuk perbelanjaan perkahwinan.
  • Untuk melancong ke luar negara.
  • Untuk mempunyai wang tunai sebanyak RM20,000 dalam masa 5 tahun.

Seperti yang saya pernah kongsikan sebelum ini, saya telah langsaikan pinjaman ASB RM10,000 saya pada tahun 2015, lebih awal daripada tempoh pinjaman ASB saya yang masih berbaki 10 tahun. Ini kerana saya perlukan duit sebanyak RM20,000 untuk memililiki sebuah rumah baru.

2. Bezakan Antara Pelaburan ASB dan Pinjaman ASB.

Maksudnya saya di sini ialah bezakan antara "force saving" dan simpanan ASB.

Pinjaman ASB akan menjurus kepada "force saving", manakala pelaburan ASB biasa ialah simpanan ASB.

3. Pelaburan Ikut Kemampuan

Ukur baju di badan sendiri!

Kita yang menentukan komitmen bulanan kita sendiri, sebab hanya kita tahu berapa pendapatan kita sebulan, hanya kita lebih tahu kemampuan bulanan kita!

Sebagai contoh, jika kita mampu untuk membuat simpanan ASB sebanyak RM500 sebulan.

Pecahkan kepada "force saving" dan simpanan ASB.

Misalnya RM300 digunakan untuk membayar pinjaman ASB ("force saving"), manakala lagi RM200 digunakan untuk simpanan ASB biasa.

Simpanan ASB biasa itu sangat penting untuk diri kita, terutama di kala kita kesempitan duit. Kita tak mampu meramal masa depan, oleh itu silalah "sediakan payung sebelum hujan".

Banyak kes yang saya perhatikan, kita semua tak tahu bezakan antara "force saving" (pinjaman ASB) dan simpanan ASB.

Ini adalah punca utama, kenapa ramai sibuk nak tamatkan pinjaman ASB tanpa alasan munasabah.

Jadilah pelabur yang bijak. Carilah pelaburan yang terbukti selamat dan menguntungkan!

Sekian, terima kasih.

Firdaus Pay.

BACA: 10 Hujah Kenapa Lelaki Ini Tidak Melabur Dalam Tabung Haji Dan ASB

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram