Sebahagian daripada kita pasti ada yang mempunyai kedai atau pun pejabat sendiri. Jika mahu dikongsi lokasi tersebut menerusi WhatsApp, sudah pasti ia tidak tersenarai sekiranya masih baharu lagi.

Menerusi akaun TikTok @pa_koi, beliau mengajar cara menambah lokasi baharu di dalam WhatsApp Location. Dengan menambah lokasi bisnes atau pejabat anda, selepas ini boleh dikongsikan dengan mudah tanpa perlu membuka aplikasi navigasi lain.

Baca Juga:

Cara tambah lokasi baharu dalam WhatsApp Location

1. Muat turun aplikasi Foursquare menerusi Google Play Store atau App Store secara percuma.

Sumber Gambar: TikTok @pa_koi

2. Selepas itu, masuk ke profil anda lalu pergi ke bahagian Settings.

Sumber Gambar: TikTok @pa_koi

3. Untuk menambah lokasi bisnes atau pejabat anda, klik pada bahagian Add a new place.

Sumber Gambar: TikTok @pa_koi

4. Sebaik selesai mengisi kesemua maklumat yang diperlukan pada ruangan, anda perlu menunggu sekitar 24 jam sehingga 72 jam untuk pengesahan.

5. Akhir sekali, lokasi baharu bakal terpapar dan boleh dikongsikan kepada kenalan atau umum.

Selepas ini, anda sudah boleh kongsikan lokasi perniagaan atau pejabat dengan mudah menerusi ciri location di WhatsApp sahaja. Di samping itu, aplikasi Foursquare ini juga sedia menawarkan saranan senarai lokasi untuk mencari makanan dan aktiviti menarik yang berdekatan sekitar anda.

@pa_koi

Nak tambah lokasi baru dalam “Whatsapp Location” ⁉️ Sebelum nak mula perniagaan kena la buat lokasi dulu baru senang nak hantar dekat pelanggan nanti. #cnybazaar2023 #TikTokGuru #LearnOnTikTok #JomBelajar #SembangGadget #TechTok #hello2023

♬ Easthetic – Pwrup Azure

Anda boleh kongsikan artikel ini agar lebih ramai kenal mengetahui cara menambah lokasi baharu yang mana sangat berguna untuk mempromosikan perniagaan mereka atau pun servis menerusi WhatsApp.