Tidak ada masa untuk perbaharui passport anda dan malas untuk beratur lama? Sekarang semuanya dihujung jari sahaja dan anda boleh perbaharui dimana sahaja anda berada.

Tidak percaya? Seorang pengguna Twitter @Najib_Ayub telah berkongsi cara beliau ‘renew’ pasport semudah ABC secara atas talian tanpa perlu menunggu lama. Baca perkongsian beliau di bawah ini.

1. Isi borang online

bn

Pertama sekali, anda perlulah mengisi borang di laman sesawang Imigresen Malaysia dan isikan segala butiran peribadi seperti yang dikehendaki dalam borang tersebut.

Kemudian, pilih cawangan imigresen mana yang anda mahu untuk pengambilan pasport baharu anda. Malah, foto yang dimuat naik mestilah mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Pastikan latar belakang gambar berwarna putih dan tidak kabur. Jika tidak, anda kena membuat pasport anda semula.

2. Pembayaran

EEo4X5HU4AAdFnr

Setelah anda selesai mengisi butiran lengkap, boleh terus klik submit dan membuat pembayaran secara dalam talian. Kadar bayaran yang dikenakan untuk memperbaharui pasport untuk mereka yang berumur 13 – 59 tahun adalah sebanyak RM200 manakala bagi warga emas (60 tahun ke atas) hanya RM100.

3. Dokumen yang perlu ada untuk pengambilan pasport

EEo4YrEUYAA2CjL

Anda perlu membawa tiga dokumen penting untuk mengambil pasport anda iaitu cetakan resit yang telah dibayar secara dalam talian, kad pengenalan dan juga pasport lama.

Kemudian, anda ambil nombor giliran di kaunter untuk mengambil pasport online dan tunggu sehingga nombor giliran dipanggil untuk proses selanjutnya.

Untuk pengetahuan anda juga, jika anda isi borang sebelum 12 tengah hari, anda boleh ambil pasport baharu pada sebelah petang hari yang sama. Jika tidak, kemungkinan anda perlu mengambil pasport pada keesokan harinya.

Hanya tunggu beberapa minit sahaja anda sudah boleh dapatkan pasport anda. Mudah bukan? Kini anda tidak perlu lagi bersesak di Jabatan Imegresen untuk perbaharui pasport.

Adakah anda tahu tip dan etika untuk diamalkan ketika menaiki penerbangan? Baca artikel di bawah untuk ketahui lebih lanjut?

Ini 20 Tip Dan Etika ‘Wajib’ Anda Amalkan Ketika Menaiki Penerbangan

Ini Caranya Ambil Gambar ‘Awesome’ Ketika Travel Secara Solo

Ini Tip & Trik Tempah Hotel Dengan Harga ‘Murah’ Anda Perlu Tahu

Sumber