Adakah anda mengambil insurans perjalanan setiap kali ingin melancong ke luar negara dan ketahui manfaat yang anda bakal dapat? Jika anda tidak mengambil insurans, fikirkan semula kerana malang tidak berbau.

Akan tetapi, jika anda sudah mengambil insurans, anda harus pastikan anda fahami manfaat dan cara untuk ‘claim’ insurans anda jika berlaku sesuatu kepada anda.

Terbaharu, seorang pengguna Facebook Kamarol Khahar telah berkongsi pengalaman keluarga beliau bercuti ke Korea telah bertukar menjadi tragedi apabila ayah kepada Kamarol telah mengadu sakit tekak sebelum dikejarkan ke hospital tempatan di sana.

Menurutnya, selepas dikejarkan di hospital, ayahnya terpaksa dibedah dan keadaan bertambah getir apabila kos perubatan menjadi sangat tinggi hingga mencecah ratusan ribu ringgit.

Untuk pengetahuan anda, mereka sekeluarga telah mengambil insurans perjalanan dan Kamarol yang berada di Malaysia telah menghubungi pihak insurans untuk mendapatkan maklumat berkaitan polisi insurans yang diambil oleh abah beliau.

Pihak insurans telah mengesahkan bahawa ayahnya ada mengambil insurans yang cover sebanyak hampir RM300,000. Lalu, beliau bertanya apakah proses yang boleh dilakukan untuk pihak insurans berurusan dengan pihak hospital di sana tentang pembayaran.

Malangnya, polisi tersebut menyatakan bahawa tiada pembayaran terus boleh dibuat kerana ia melibatkan penyakit dan bukannya kemalangan. Maka, pihak Kamarol harus mendahulukan wang terlebih dahulu sebelum dapat membuat tuntutan balik.

Kamarol terpaksa meminjam wang dan meleburkan aset seperti emas untuk menampung perbelanjaan ayahnya yang sakit di sana. Berikutan kos yang makin meningkat, beliau telah mendapatkan pandangan rakan-rakan doktor untuk membawa pulang abahnya mendapatkan rawatan di Malaysia.

69683004_2432306736858771_9152449705752395776_n

Kemudian, beliau berjaya mendapatkan maklum balas yang positif daripada Dr Riduan yang merupakan pemilik untuk ‘Brand Klinik Anda’ untuk ke Korea melihat keadaan ayahnya untuk dibawa pulang ke Malaysia.

Sebelum itu, Kamarol telah berjumpa dengan pihak insurans jika mereka boleh memberikan bayaran muka tetapi malangnya pihak insurans tidak dapat berbuat demikian kerana polisi yang diambil adalah ‘pay and claim’.

Kamarol dan Dr Riduan telah ke Korea untuk melihat keadaan abahnya dan ingin menyakinkan doktor yang bertugas disana untuk membenarkan bapanya untuk keluar hospital. Akan tetapi, keadaan ayahnya yang tidak terlalu baik berikutan tekaknya membengkak menyebabkan tidak boleh bernafas.

70306239_2432306906858754_7154818823919501312_n

Justeru itu, doktor di sana boleh pertimbangkan untuk membenarkan ayahnya untuk dibawa pulang ke Malaysia tetapi harus menjalankan procedure tracheostomy. Akan tetapi, doktor hanya akan benarkan keluar 7 hari selepas minor surgery tetapi Kamarol bantah kerana mahu pulang secepatnya.

Selepas itu, Kamarol telah menghubungi beberapa syarikat penerbangan sama ada boleh menerima pesakit dengan keadaan begini tetapi hanya syarikat penerbangan Malaysia Airlines sahaja sudi menerima kes ini.

Akan tetapi, pihak Malaysia Airlines perlukan pihak hospital mengisi borang medical form MAS dan menyediakan peralatan yang diperlukan ketika penerbangan iaitu oxygen support (guna bateri), perlu ada suction machine dan dengan medical assistant. 

69480120_2432306806858764_3764740543788089344_n

Walaupun berdepan dengan kesukaran untuk mendapatkan peralatan tersebut, tetapi Kamarol dan keluarganya berjaya mendapatkannya. Baginya, perkhidmatan pihak MAS adalah terbaik kerana cara mereka menangani kes ini dan persediaan mereka cukup rapi untuk menghadapi pelbagai kemungkinan.

Selepas tiba di Malaysia, ayahnya telah mendapatkan rawatan di Hospital Selayang selama beberapa hari dan sudah pulang ke rumah. Keadaan ayahnya kini makin baik hari demi hari.

Untuk pengetahuan anda semua, kos keseluruhan yang telah dikeluarkan oleh keluarga Kamarol menelan belanja sekitar RM120,000 dan ianya merupakan satu jumlah yang besar.

Disebabkan itu penting untuk anda mengetahui perbezaan setiap polisi insurans perjalanan yang ada sebelum anda travel ke mana-mana. Sekiranya berlaku apa-apa, ianya bakal memudahkan anda untuk claim insurans nanti. Adakah anda pernah melalui peristiwa seperti ini?

Adakah anda sudah tahu kepentingan memahami polisi insurans dan kepentingan mengambil insurans perjalanan untuk melancong? Baca lagi artikel yang berkaitan dengan insurans perjalanan yang anda perlu tahu. 

Pengalaman Saya Buat Tuntutan Daripada Travel Insurans Selepas Kemalangan Di Luar Negara

Pentingnya Insurans Sebelum Anda Menyewa Kenderaan Di Thailand

Pentingnya 4 Insurans Ini Jika Anda Travel Ke Thailand Dengan Kenderaan Sendiri