Jika sebelum ini kita sering dengar perkhidmatan terbaik yang ditawarkan oleh host Airbnb, tetapi sebaliknya berlaku pada Ben Speller. Apa yang berlaku kepada Ben Speller adalah dia telah menempah penginapan di Amsterdam menerusi Airbnb yang menjanjikan sebuah tempat penginapan yang dilengkapi bilik air peribadi tetapi apa yang dia terima adalah indah khabar daripada rupa.

Penginapan yang ditempah oleh beliau sebenarnya adalah sebuah cottage tetapi penginapan yang diterima rupanya sebuah kontena yang diletakkan secara haram di tepi jalan yang dilengkapi dengan tilam. Dia membayar sebanyak $150 (~RM625.65) untuk penginapan tersebut dan telah meminta host tersebut membayar ganti rugi tetapi host terbabit enggan membayar semula.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

airbnb:vckt

kontainer:vckt2

kontainer:vckt3

kontainer4

kontainer 5

Ben Speller telah memuat naik isu ini di laman sosial Facebook dalam group Spurs Show lantas ia menjadi perhatian warganet. Isu ini telah diketahui oleh pihak Airbnb dan pihak Airbnb telah membayar tuntutan ganti rugi kepada Ben Speller. Malah, penginapan danĀ host tersebut telah dibuang dari senarai Airbnb. Penginapan tersebut juga telah dialihkan oleh pihak berkuasa Amsterdam.

Mungkin selepas ini anda perlu membuat kajian sedikit tentang tempat yang bakal anda tempah di Airbnb. Salah tempah, jadi seperti Ben anda nanti. Adakah anda pernah mengalami hal yang tidak dijangka juga?

Sumber