Bagi sesetengah orang, seni dianggap sebagai luahan kreativiti manusia yang paling dalam dan sebagai keunggulan daya cipta manusia. Setiap orang boleh menghasilkan apa jua jenis seni bergantung kepada minat mereka.

Untuk pengetahuan anda, seni terbahagi kepada beberapa kategori antaranya seni muzik, seni tari, seni teater dan seni kerajinan tangan yang melibatkan seni lipatan papercraft atau penghasilan sesuatu bentuk objek.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jika di Jepun, seni ‘papercraft’ atau origami antara seni yang popular. Cuma bezanya origami menggunakan sehelai kertas sementara papercraft melibatkan seni melipat dan membentukkan kertas daripada beberapa helai kertas menggunakan teknik seperti menggunting, melipat dan membentuk kertas menjadi sebuah objek tertentu.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter @IdzhamAzizan membuat posting di Twitter miliknya berkongsi mengenai kreativiti ayahnya menghasilkan Papercraft Iron Man. Menurutnya, beliau pergi ke bilik ayahnya untuk meminjam mesin pencetak dan mendapati ayahnya sedang sibuk menggunting kertas yang mempunyai figura Iron Man untuk menghasilkan papercraft Iron Man.

Beliau teruja dengan kegigihan ayahnya dan sentiasa memberikan update terkini proses pembikinan papercraft Iron Man tersebut. Walaupun pembikinan papercraft ini mengambil masa agak lama untuk disiapkan tetapi jika ada minat pastinya tidak menjadi masalah.

Dalam thread berkenaan, beliau turut menyelitkan link sekiranya anda berminat dan mahu berjinak-jinak untuk menghasilkan papercraft yang unik dan kreatif ini.

Pekongsian beliau mendapat perhatian daripada netizen yang memberikan pujian terhadap ayahnya yang berbakat dan gigih untuk menghasilkan papercraft tersebut. Ada juga netizen turut berkongsi gambar papercraft yang mereka hasilkan.

https://twitter.com/qifahhhh/status/1173762613173313536

https://twitter.com/MohamadNaqi/status/1173966935190429696

Sebenarnya jika anda mempunyai minat terhadap sesuatu pasti anda akan cuba sehabis mungkin untuk menghasilkannya walaupun mengambil masa yang lama untuk disiapkan. Bak kata pepatah di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Ini pula kisah dua beradik yang sangat minat dengan motor sehingga mampu menghasilkan model replika motor menggunakan kotak terpakai.

Dua Beradik Ini Hasilkan Model Replika Y15ZR Beserta Bengkel Menggunakan Kotak Terpakai

YOUthReka Inisiatif Nando’s Lahirkan Lebih Ramai Insan Seni Tempatan

Sumber