Pulau Langkawi yang sentiasa sesak dengan kehadiran pelancong kini bertukar ‘ghost town’ apabila tiada aktiviti pelancongan dibenarkan dan pelaksanaan ‘total lockdown’ di Malaysia bagi mengawal penularan wabak COVID-19.

Terbaharu, sebuah video TikTok oleh Ed Shahir yang memaparkan suasana Pulau Langkawi menjadi perhatian ramai. Menerusi video tersebut, dapat dilihat kedai-kedai di sekitar Pantai Cenang ditutup dan sepi tanpa kehadiran pelancong.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@edshahir

Hangpa pernah sampai sini? Cuba komen keadaan dulu-dulu kat sini macam mana.. #fyp #foryoupage #beach #langkawi #photojournalist #malaysiatiktok

♬ Creepy horror sound – TOKU SPACE MUSIC

@edshahir

Reply to @jankambaq okey bang done. Jangan mintak part 3 pulak. Takdak dah. #fyp #chenang #foryoupage #langkawi #photojournalist

♬ Horror – Ben Prunty

Bukan itu sahaja, jalanraya yang dahulunya sesak kini lengang tanpa kelihatan kelibat kereta di sana. Malah, Pantai Cenang juga kelihatan ‘tenang’ tanpa kehadiran para pelancong.

Video tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen berasa sedih melihat suasana di Pulau Langkawi. Malah, para netizen turut berkongsi keadaan meriah di kawasan Pantai Cenang sebelum ‘total lockdown’ dilaksanakan.

photo_2021-06-18_10-05-54

photo_2021-06-18_10-05-59

Untuk rekod, sebanyak 23 agensi pelancongan Pulau Langkawi terpaksa menamatkan operasi mereka berikutan keadaan industri yang semakin ‘tenat’ dan berdepan kerugian.

Tahukah anda bahawa industri pelancongan sudah ‘tenat’? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Industri Pelancongan ‘Tenat’, 204 Syarikat Perhotelan Dan Resort Gulung Tikar?

Berdepan Kerugian, Lebih 20 Agensi Pelancongan Langkawi Umum ‘Gulung Tikar’

Pemandu Pelancong Tempatan Luah Perasaan Hilang Punca Pendapatan Kesan COVID-19