Sebut sahaja Dubai, pasti anda sudah terbayang beberapa tempat yang menarik dan mewah. Pastinya Dubai merupakan salah satu destinasi pilihan perlancongan anda.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @MohdAsriDungun telah berkongsi beberapa perkara menarik yang telah dipelajarinya sepanjang percutiannya di Dubai dan Abu Dhabi. Baca perkongsian beliau di bawah ini.

apple ncig
HYPE
Setanding Apple, Syarikat Anak Watan Ini Sedia Lancarkan Produk Secara ‘Virtual’ Dari Tampin
Baca lagi →

1. Dari satu mimpi menjadi satu kenyataan

Presiden Dubai yang pertama bermimpi untuk membina bandar di padang pasir. Ilham dari mimpi itu, beliau bina sebuah negara yang pesat membangun. Mimpi kedua beliau pula, beliau ingin membina sebuah bandar bernama Dubai City on the moon. Proses perlaksanaan katanya sudah dimulakan.

2. Sedikit latar belakang Dubai

Perkataan ‘Dubai’ derives daripada peribahasa Arabic ‘Daba Dubai’ yang bermaksud “dan mereka datang membawa kekayaan dan kemewahan (duit)”. UAE mempunyai seven emirates iaitu Dubai, Abu Dhabi (capital city), Ajman, Fujairah, Ras Al Khaimah, Sharjah and Umm Al Quwain. Setiap tempat memiliki presiden tersendiri dan memiliki undang-undang tersendiri.

Timberwolf_16c1de35555_base

Sumber: Gulfnews

Cara pemilihan presiden bukan melalui pilihanraya tapi cara feudal. Menurut sejarah, rakyat Dubai kebanyakannya penyelam mutiara dan telah berkembang dalam masa 20 tahun setelah penemuan minyak.

Dubai dan Abu Dhabi kini sedang dalam usaha untuk menjadi capital city of the world dan mereka sangat competitive untuk memajukan negara supaya lebih hebat dari seluruh negara maju di seluruh dunia menggunakan sumber kekayaan mereka.

3. Tempat tarikan

Burj Khalifa merupakan menara tertinggi di dunia saat ini. Lifnya boleh ke tingkat 124 dalam masa 60 saat. Ramai yang tidak tahu yang menara ini ada lebih 20 tingkat di bawah tanah untuk menampung ketinggian menara ini. Oleh kerana itu, mereka dalam proses pembinaan Dubai Creek Tower yang akan lebih tinggi dari Saudi. Ketinggian rasmi masih dirahsiakan dan akan dibuka 2021.

Dubai Mall adalah shopping mall terbesar di dunia, terletak bersebelahan Burj Khalifa. Semua franchise popular di dunia ada di sini. Dari Prada, Rolex, Swarovski, Galleries Lafayette dan banyak lagi. Saudi dalam usaha untuk membina menara lebih tinggi dari Burj Khalifa.

EK8pNKRUcAMi0qr

Burj Al Arab Hotel mempunyai bilik dari harga 2,000USD ke 25,000USD semalam. Mempunyai pengawal peribadi di setiap bilik dan hotel ini juga mempunyai Rolls Royce chaffeur service dengan pemandu.

Malah, Dubai sekarang sedang bersedia untuk Expo 2020 di mana mereka akan mempamerkan bandar ini sebagai bandar maju yang berteknologi tinggi kepada dunia. Antara yang menarik yang bakal mereka perkenalkan ialah driver-less teksi terbang. Mereka dalam pembinaan Jumeira Palm dan akan menjadi palm lebih besar dari palm sedia ada.

Warna padang pasir ada dua iaitu biege dan merah. Bergantung pada kandungan sodium dan iron. Ada satu salon lelaki yang bernama Diva, dengan semua pekerja lelaki untuk dandanan rambut, misai dan janggut.

4. Keistimewaan penduduk Dubai

Istimewa kepada penduduk asal Dubai, kerajaan menyediakan rumah banglo khas percuma kepada semua pengantin baru dan mereka ditempatkan di satu kawasan perumahan mewah tidak jauh di bandar. Kerajaan akan sediakan rumah yang lebih besar jika mereka mendapat cahaya mata.

EK8pPRCU8AEz82c

Kawasan perumahan mewah orang Emirati yang berada di bandar mempunyai rumah bagaikan istana, ada swimming pool. Jadi kerajaan Emirates memastikan tiada menara yang berdekatan dengan rumah mereka supaya kaum hawa tidak kelihatan mandi di kolam renang di rumah masing-masing.

Penduduk yang menginap di Twisted Tower akan mendapat empat pemandangan berbeza sehari kerana menara ini berpusing. Dubai tiada alamat, zip codes, kod area dan postal system sehinggalah pada tahun 2015. Malah, anda akan lihat masjid di setiap 200 meter di tengah bandar Dubai.

5. Kehidupan masyarakat

Populasi penduduk di Dubai adalah terdiri daripada pelbagai latarbelakang dan negara, seperti Pinoys dan Indians, Itali. Boleh dikatakan sebagai negara yang banyak dengan golongan immigrant.

Mereka ada kejiranan untuk semua kaum, sebagai contoh satu kawasan hanya khas untuk penduduk dari Itali. Jadi mereka membina mall dengan bercirikan seni bina Itali di kawasan kejiranan Itali dan di situ juga penuh dengan kedai dan restoran Itali. Budaya inklusiviti juga sangat ditekankan di sini.

AR-180709803

Sumber: Khaleej Times

Untuk pengetahuan anda, pekerja awam di sini bekerja lima ke tujuh jam sahaja sehari. Pada bulan Ramadan pula akan ditolah dua jam sehari dari waktu bekerja. Hujung minggu mereka ialah pada hari Jumaat dan Sabtu.

Selain itu, polis disini menggunakan Ferrari dan Lamboghini di jalan raya. Lelaki luar UAE kalau berkawin dengan orang sini, kerakyatan orang perempuan akan terlucut dan dia akan menjadi warganegara orang lelaki. Tiada hak istimewa kepada orang perempuan.

Berbeza dengan perempuan jika dari luar UAE dan ingin berkahwin dengan Emirati, dibenarkan. Menurut pemandu pelancongnya, segelintir lelaki Emirati ini seorang yang workaholic dan lebih suka berseronok dengan kawan kawan lalu meninggalkan isteri di rumah.

6. Jalanraya

Highway di Dubai mempunyai lapan lorong. Tiada toll gate, hanya perlu tampal stiker pada cermin kereta dan top up melalui phone dan setiap kali melalui jalan bertol, mereka akan detect melalui sticker. Jika sudah tiada kredit, mereka akan hantar pesanan melalui sms. Sistem yang seakan sama seperti di New Zealand.

DubaiSkyscrapers

Sumber: Dubai Times

Mereka juga ada tempat simpanan kereta yang bernama “Confiscated Vehicle Yard” yang mana kereta-kereta yang melebihi had laju akan dikenakan denda dan jika gagal membayar, kereta mereka akan ditarik dan disimpan disana.

Adakah anda dapat belajar sesuatu menerusi perkongsian beliau ini? Jika anda berpeluang melancong ke luar negara, pergilah kerana ia akan membuka minda anda dan menambahkan ilmu pengetahuan anda.

Itu cerita tentang Dubai dan Abu Dhabi, anda mungkin berminat ingin ke Jepun. Apa kata anda baca artikel di bawah ini untuk ketahui tip lebih lanjut.

Tip Penting Buat Mereka Yang Pertama Kali Ke Jepun

10 Tip Penting Anda Wajib Tahu Jika Pertama Kali Ke Pakistan Utara

AirAsia Membawakan Perkhidmatan Dompet Digital Tersendiri Dikenali Sebagai ‘BigPay’

Anda Mungkin Suka