Kata orang, rezeki tidak pernah salah alamat. Dalam pada itu, rezeki yang diperoleh haruslah diikuti dengan usaha dalam membolehkan lebih banyak kejayaan yang dicapai.

Itulah yang cuba diusahakan oleh seorang lelaki menerusi perkongsian di TikTok @sabriapptech di mana beliau memulakan karier sebagai pemain futsal Pahang. Demi ubah nasib diri serta keluarga, beliau tekad untuk beralih karier kepada technician iPhone.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber: TikTok @sabriapptech

Dalam usaha untuk menjadi technician iPhone yang hebat, beliau memilih untuk berkelana ke China terlebih dahulu untuk mempelajari selok belok membaiki iPhone berbekalkan wang yang diberikan keluarga.

Setahun selepas kedai dibuka sebagai pulang dari China, lelaki ini meneruskan pembelajaran di Indonesia pula bagi tujuan membaiki telefon pintar.

Sumber: TikTok @sabriapptech
Sumber: TikTok @sabriapptech

Sepanjang perjalanan karier, beliau telah kembali ke China untuk memborong barang dan turut dilantik sebagai tenaga pengajar. Menurut perkongsian, selain China dan Indonesia, beliau turut ke Thailand bagi tujuan yang sama.

Benar kata orang, usaha tidak pernah mengkhianati hasil. Selepas dua tahun berniaga, lelaki ini berjaya untuk membeli tanah serta membuat rumah hasil titik peluh membaiki iPhone. Bukan itu sahaja, beliau juga turut mengajar adik beliau membaiki telefon pintar sehingga mampu membuka kedai sendiri.

Sumber: TikTok @sabriapptech
Sumber: TikTok @sabriapptech

Sehingga kini, beliau mendedahkan sudah 8 tahun dalam bidang membaiki telefon pintar. Rezeki yang diterima dikatakan melimpah ruah dan cukup seadanya. Ternyata langkah beliau untuk tinggalkan hobi serta mengambil kemahiran yang tidak dimiliki oleh orang ramai ini membuah hasil.

Perkongsian penuh inspirasi lelaki ini telah mendapat perhatian rata-rata netizen yang kagum dan bangga dengan apa yang diperoleh. Berikut merupakan respon netizen mengenai perkongsian yang dibuat.

Sumber: TikTok @sabriapptech
Sumber: TikTok @sabriapptech

Diharap perkongsian penuh makna ini sekaligus bakal menjadi inspirasi kepada anak muda di luar sana untuk berani mencuba sesebuah bidang secara bersungguh-sungguh demi mencapai hasil yang luar biasa.