Gangguan seksual adalah perbuatan terkutuk yang sudah pasti akan meninggalkan kesan trauma kepada sesiapa saja yang pernah mengalaminya.

Menjadi lebih teruk apabila si pelaku sanggup untuk pergi lebih jauh dengan mengekori si mangsa dan cuba melakukan sentuhan fizikal terhadap si mangsa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun itulah yang berlaku kepada seorang pengguna Twitter yang berkongsi kisahnya diganggu oleh pemangsa seksual ketika beliau sedang berada dalam tandas di sebuah mall.

https://twitter.com/yourbuffbuffboi/status/1219180954457001984

Tambah mengejutkan, pemangsa itu juga adalah lelaki dan menurut ciapan itu, pelaku tersebut juga dikatakan sudah berusia.

Bukan saja dihampiri lelaki berseluar merah jambu tersebut, dia juga diekori dan diraba sebelum keluar meninggalkan tandas.

https://twitter.com/yourbuffbuffboi/status/1219180962459709441

Dia bagaimanapun sempat menangkap gambar lelaki itu sebelum meminta bantuan daripada rakan di tempat kerjanya.

sex4

Tidak mahu orang lain berdepan situasi sama dengannya, dia sempat berpesan dalam perkongsiannya agar kaum lelaki lebih berhati-hati dengan pemangsa seksual.

https://twitter.com/yourbuffbuffboi/status/1219180983942963200

Netizen yang meninggalkan reply di kiriman tersebut juga dilihat memberi semangat kepada mangsa dan turut berpesan supaya lebih berhati-hati di masa akan datang.

sex com

Tidak kira sama ada anda adalah seorang perempuan atau lelaki, gangguan seksual boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada berlaku, adalah lebih baik jika kita sentiasa bergerak bersama kawan-kawan ketika ke tempat yang dirasakan berbahaya ataupun sunyi.

Sedangkan berjalan kaki pun sudah tidak selamat, apatah lagi mereka yang menunggang motosikal dan berada di jalan raya.

Baca kisah lelaki ini yang dilanggar dari belakang walaupun sudah berada di lorong kiri seperti yang pernah kami kongsikan sebelum ini. 

Penunggang Motosikal Ini Hampir Maut Dilanggar Ford Ranger Dari Belakang Yang Dipandu Secara Berbahaya

Kerajaan Indonesia Siasat Cubaan Kembangkan Dakyah LGBT Di Sebuah Vila Terkenal

Dihantui Rasa Bersalah, Lelaki Ini Terpaksa Berpisah Dengan Selimut Kegemaran Selepas Hampir Sedekad