Sejak mula e-hailing mula memasuki Malaysia, pelbagai reaksi khususnya daripada kalangan pemandu teksi meluahkan rasa tidak puas hati disebabkan para pengguna mula beralih kepada servis e-hailing.

Antara alasan popular yang sering disebutkan pengguna adalah servis yang ditawarkan e-hailing jauh lebih baik serta mudah diakses berikutan penawaran aplikasi pada awalnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada kali ini, seorang Facebook yang juga terlibat dalam servis teksi iaitu Mohd Faiz Hashim turut meluah rasa kecewanya terhadap servis teksi disebabkan caj yang dikenakan dikatakan tidak munasabah. Berikut merupakan perkongsiannya.

shutterstock_202490527
Sumber: Coindesk

Bila ada persatuan teksi yang berjuang untuk hak pemandu. Saya memang sokong. Walaupun tak terlibat secara langsung. Benda yang baik, saya setuju aja. Teksi Malaysia ni terutama teksi bermeter tak kiralah apa warna pun mempunyai isu yang sama iaitu ada segelintir pemandu yang tamak haloba tidak mahu menggunakan meter dan sembelih harga.

Bila Grab masuk maka driver teksi ‘kaki sembelih’ ni mula kepanasan. Income makin kurang. Bukan mereka sahaja, driver teksi yang ikut meter pun terpalit sama. Mula-mula dulu bukan main samseng. Tahan driver grab dan sebagainya. Sampai sekarang perangai samseng tu masih ada pada segelintir pemandu.

Kemasukan Grab memberi impak yang besar pada industri teksi. Ramai yang sebelum ini kaki sembelih harga telahpun berubah. Mereka dah mula guna meter. Ini pengalaman saya sendiri naik teksi di komuter 19 Shah Alam yang dulu terkenal dengan sistem tambang ikut kepala. Walau bagaimanapun masih ada lagi saki-baki driver teksi yang tak serik-serik ‘sembelih harga’.

Bila persatuan buat perhimpunan nak bela nasib pemandu, pemandu ‘kaki sembelih’ ini pun join sama. Konon nak bela nasib tapi pada masa yang sama masih lagi kekal perangai buruk tidak mahu menggunakan meter.

Semalam baru terjadi pada pelanggan yang saya bawa. Semalam saya bawa pelancong dari Mumbai, empat beranak. Bawa pusing-pusing dalam Kuala Lumpur dari tengah hari sampai ke jam 8 malam. Last drop off di Times Square sebab mereka nak shoping beberapa jam. Jadi mereka tak perlukan teksi saya lagi. Lagipun depan Times Square ada banyak teksi.

barjey-timesquare
Sumber: kuala-lumpur

Masa saya pickup family ni tadi. Si bapa bernama Mr Jeetu meluahkan kekecewannya sebab kena ‘sembelih’ dengan pemandu teksi di Times Square. Mereka settle shopping dalam jam 10 malam dan keluar nak ambil teksi untuk pulang ke hotel.

Tiada seorang pemandu teksi mahu menggunakan. Semua main bukak harga. Paling tinggi bukak RM45. Paling rendah RM35. Selepas tawar-menawar dapatlah rm30. Sebab malas nak buang masa terpaksa dia amik juga. Sebab isteri dia kurang upaya dan memggunakan kerusi roda serta tong oksigen mudah alih. Mereka nak segera balik.

Sedangkan tambang dari Times Square ke hotel pada jam 10 malam dengan kenderaan tak banyak. Habis maksimum cuma RM15. Kalau sesak sikit RM20. Kalau lampu trafik baik hati bagi semua hijau, ada gaya tambang RM12-14 sahaja

Kalau begini lah sikap pemandu teksi. Eloklha penumpang guna servis Grab sahaja. Biar padan muka pemandu teksi dan muka saya sekali. Bila penumpang amik Grab pemandu teksi marah. Bila penumpang nak naik teksi segelintir pemandu sembelih cukup-cukup.

Sekali lagi saya sarankan kepada anda semua yang masih sudi naik teksi. Pilihlah yang guna meter. Jangan layan mereka yang ‘sembelih’ harga. Sound sekali pun bagus. Biar sedar diri. Kalau tak sedar jugak, tak tahulah bagaimana lagi nak saya cakapkan.

Di sini saya nak kongsikan lokasi-lokasi popular pemandu teksi kaki ‘sembelih’. Berikutnya adalah

– Petaling Street
– Klcc
– Pavilion.
– Arab street
– Times Square.
– Sepanjang jalan Bukit Bintang.

Ingat, tak semua pemandu yang berada di lokasi yang saya nyatakan tu kaki ‘sembelih’. Pasti ada sorang dua yang jujur ikut meter. Kalau rajin, cari. Kalau tak sila ikut langkah dibawah.

GrabMalaysia_06
Sumber: TheLevelMy

Cara mudah untuk mendapatkan teksi bermeter adalah dengan menggunakan aplikasi Grab. Pilihlah Grab Taxi. Penumpang ada pilihan taxi bajet dan taxi eksekutif. Ikut suka hati anda untuk memilih. InsyAllah pemandu yang guna aplikasi ni biasanya ikut undang-undang. Sebab mereka takut kena ban, maka kena ikut. Saya dengar company e-hailing lain pun ade pilihan untuk teksi. Jadi gunakan lah.

Akhir kata, kepada yang masih percaya dengan khidmat teksi bermeter. Brader ucapkan ribuan terima kasih. Kepada pemandu teksi bermeter. Berilah servis yang terbaik. Gunakanlah meter. Berusahalah mencari rezki yang Halal. Duit itu sedikit sebanyak akan digunakan untuk keluarga juga. Kalau sumber pun haram, jangan terkejut jika perangai anak jadi tidak senonoh.