Setiap kali hujung minggu, pasti anda pening kepala mahu lakukan aktiviti apa dan mahu ke mana untuk ‘date’ bersama kekasih anda. Aktiviti seperti menonton wayang, jalan-jalan di taman dan sebagainya pasti sudah menjadi kebiasaan.

Bagaimana jika kami kongsikan tempat dating berbeza untuk anda cuba? Malah, seorang pengguna Twitter @HananZaikhan telah berkongsi pengalaman beliau dan pasangan telah berkunjung ke Pusat Sains Negara.

https://twitter.com/HananZaikhan/status/1179033799079776260

Bagi anda yang tidak tahu, Pusat Sains Negara terletak di Kuala Lumpur dan dibuka hari Sabtu hingga Khamis pada setiap jam 9 pagi hingga 5 petang. Jika anda ingin berkunjung ke sini, harga masuk hanyalah RM6 seorang. Pasti ada yang tertanya-tanya apa yang menarik Pusat Sains Negara ini?

Melalui perkongsian Hanan, Pusat Sains Negara bukan sahaja unik tetapi sesuai juga buat anda yang gemar bergambar. Anda boleh mengabadikan memori indah bersama pasangan anda.

https://twitter.com/HananZaikhan/status/1179045113520984064

Bukan sahaja anda dapat belajar sesuatu yang baru tetapi anda juga akan dapat berhibur di sini. Masuk sahaja, anda akan terpegun dengan ilusi yang diketengahkan dan anda juga boleh mencuba untuk melancarkan roket.

Selain daripada itu, terdapat sejarah dan beberapa pencapaian terkini milik negara berkaitan dengan sains. Sebenarnya banyak lagi benda menarik yang anda boleh lakukan di sini. Anda harus ke sini sendiri untuk merasai pengalaman yang berbeza.

Mungkin anda boleh pertimbangkan untuk dating di sini? Selepas dating, mesti lapar bukan? Apa kata anda cuba makan di tempat seperti yang di listkan di bawah ini.

10 Senarai Tempat Berlatar Belakangkan Bangunan KLCC Yang Boleh Anda ‘Chill’

Lelaki Ini Kongsi Pengalaman ‘Prison Date’ Yang Pasti Buat Anda Hargai Kebebasan

Sumber