Dominos merupakan antara jenama makanan segera yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Malah, kupon-kupon Domino’s banyak dijual untuk mendapatkan harga pizza yang murah dan sedap.

Akan tetapi, malang menimpa lelaki ini, Zacky Khairudean kerana beliau telah disiasat polis kerana pembelian pizza di Domino’s menggunakan kupon. Menurut beliau, kupon yang dibeli adalah dibeli di Shoppee dan boleh dipercayai.

Dijadikan cerita, beliau telah membeli kupon secara pukal dan baru-baru ini rakannya ingin memesan pizza untuk jamuan. Lalu, rakannya telah meminta bantuannya untuk memesan 10 set pizza dan beliau telah menggunakan kupon yang dibelinya sebelum ini.

Pesanan pizza tersebut mengambil masa dalam setengah jam, lalu beliau mengambil keputusan untuk pulang dahulu dan mengambil anak beliau. Akan tetapi, rakannya telah menelefon beliau dan memberitahu beliau yang mungkin pesanan tersebut ada masalah.

Lantas beliau pun periksa pesanan jika ada pesanan yang tidak masuk tetapi setelah periksa semua ada. Kemudian, beliau menerima panggilan daripada Sarjan dari unit jenayah komersial dan minta beliau datang berjumpa dengan Sarjan tersebut di Domino’s atau balai polis.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Sumber: Google

Kemudian, beliau pun ke Domino’s untuk ketahui kes apa yang menyebabkan polis terlibat. Setelah itu, beliau ke Domino’s dan mengejutkan kerana ada dalam 3 orang polis yang menunggu.

Beliau dituduh telah membuat pesanan menggunakan hack atau glitch untuk mendapatkan pesanan murah. Oleh itu, beliau pun menunjukkan langkah-langkah yang beliau guna dan alangkah terkejutnya apabila sistem error.

Rupa-rupanya, sistem telah diubah oleh admin dan menunjukkan error ketika itu serta tidak selari dengan apa yang dikatakan oleh pengurus cawangan Domino’s. Lalu, beliau persoalkan siapa yang silap? Adakah pengurus atau sistem?

Pihak Domino’s tidak meneruskan laporan dan beliau masih lagi berasa terkilan kerana kes ini dibawa terus ke pihak polis tanpa menghubungi beliau terlebih dahulu. Adakah anda pernah menerima nasib yang sama seperti beliau?

Kami listkan beberapa artikel berkaitan Domino’s di bawah. Klik pautan untuk baca lebih lanjut.

Domino’s Kini Mula Menghantar Pizza Menggunakan Dron

Domino’s Kini Hantar Pesanan Pizza Anda Menggunakan ‘Canoe’