Seorang lelaki Singapura menghadapi kejadian ngeri sepanjang hidupnya apabila telah diculik oleh rakan seperniagaannya sendiri.

Menurut Coconuts, Mark Cheng Jin Quan, hadir ke Bangkok untuk membincangkan perniagaan bitcoin yang dicadangkan oleh rakannya yang juga seorang warga Singapura bernama Lee Wei Kim.

104504407-GettyImages-475887220-fraud-website.1910×1000
HYPE
4 Tip Kemas Rumah Efektif Dan Mampu Jana Duit Poket Yang Anda Boleh Cuba
Baca lagi →

Perjalanannya bermula apabila dia dan Lee tiba di Bangkok pada pagi 9 Januari dan mereka memilih untuk menaiki Grab dari lapangan terbang Suvarnabhumi untuk bertemu dengan seseorang.

Beliau bertemu dengan Lee beberapa tahun dahulu, tetapi mereka menjadi semakin rapat bermula tahun lalu apabila Lee mahu mempelajari lebih lanjut mengenai bitcoin.

Semasa perjalanan, mereka berhenti di sebuah stesen minyak di wilayah Chachoengsao untuk membeli makanan dan menggunakan tandas.

Cheng mendakwa bahawa sekumpulan lelaki bertopeng tiba-tiba datang menyerang mereka, lelaki tersebut menutup mata mereka secara paksa dan memasukkan mereka ke dalam kereta.

Beliau turut dipaksa menelan sejumlah cecair yang menyebabkan bibirnya gagal berfungsi seperti biasa.

Sampai di sebuah rumah, kaki dan tangannya diikat, manakala matanya ditutup sepanjang masa.

Cheng memberitahu media bahawa beliau telah dibawa ke empat lokasi berbeza di kawasan hutan dan telah diseksa selama 12 jam.

Semasa diseksa beliau tetap bimbang tentang keselamatan ‘kawannya’ Lee,“saya bertanya kepada penculik itu tentang dia, tetapi tidak ada jawapan.”

Dia mendakwa bahawa penculik tersebut hanya akan berhenti menyeksanya jika dia membayar wang tebusan sebanyak RM2.04 juta.

Cheng walau bagaimanapun memberitahu penculik tersebut bahawa dia tidak mempunyai wang yang cukup dan hanya mampu memindahkan sebanyak RM188,737 kepada mereka.

Tidak berpuas hati dengan alasan Cheng, penculik itu mengacukan pistol ke kepala beliau manakala sebuah lagi pistol diletakkan di dalam mulut Cheng sebelum dia mendengar salah seorang penculik memberitahunya bahawa dia akan dibunuh dan ditanam di dalam hutan ini.

Dalam masa 12 jam beliau ditahan, Cheng berjaya melonggarkan tali yang mengikat pergelangan tangannya.

Tanpa berfikir panjang dia terus menepis pistol yang diacukan ke arahnya dan menumbuk salah seorang penculik sebelum melarikan diri masuk ke dalam hutan.

Dia berjaya melarikan diri sehingga menemui satu jalan utama tetapi gagal menahan kereta yang lalu lalang di sana. Hampir berputus asa, dia akhirnya berjaya meyakinkan seorang penunggang motorsikal untuk membawanya ke balai polis Ongkarak di wilayah Nakhon Nayok, kira-kira sejam setengah dari Bangkok.

Sejurus selepas membuat laporan polis, Lee ditahan di sebuah hotel di Bangkok dan telah dituduh dengan rompakan, menahan orang secara paksa dan serangan fizikal.

Dia mengaku semua tuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Polis juga menahan empat suspek lain dan mengumpul semua peralatan yang dikaitkan dengan penculikan di sebuah rumah suspek.

Dilaporkan bahawa Cheng terkejut mengetahui bahawa Lee berada di belakang penculikan ini.

“Saya tidak mengharapkan rakan saya terlibat, saya tidak tahu siapa yang saya boleh percaya sekarang,” katanya.

“Saya tidak fikir saya mahu kembali ke sini (ke Thailand) lagi,” katanya.

Kadang-kadang, kawan boleh jadi musuh dalam selimut dan ada juga kawan yang akan bantu kita jika di dalam kesusahan. Di bawah ini kami kepilkan cerita bagaimana seorang kawan mampu untuk membantu kita cemerlang dalam hidup.

Berkawan Dengan Budak Pandai, Ini Rahsia Kawan Saya Cemerlang Dalam Pelajaran

Lihat Kawan Jepun Bunuh Diri, Sebulan Aku Tidur Tak Tutup Lampu Kerana Trauma

Atlet Malaysia Berhutang Beli iPhone 7, Gagal Bayar Kepada Kawan Seperti Dijanjikan

Anda Mungkin Suka