Kalau ditanya dimanakah tempat-tempat menarik yang boleh dilawati untuk pasangan bercinta? Pasti ramai yang mencadangkan panggung wayang, kompleks membeli belah terkenal, taman bunga atau banyak lagi.

Tetapi lain pula bagi individu ini yang mencadangkan dating di penjara. Melalui perkongsiannya di Twitter, @nietzrid dan pasangannya telah pergi ke muzium penjara di Bandar Hilir, Melaka dengan bayaran masuk RM 3 sahaja seorang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Turut dikongsikan pameran yang terdapat di muzium tersebut antaranya hasil kraf tangan, sejarah penjara, pakaian penjara, bilik hukuman gantung serta sel bilik banduan akhir.

EDUle_9U8AoBfdo

EDUkcqgUEAEPNwU

Pada masa yang sama, dia juga turut menyarankan supaya mereka yang ingin kesini merasai sendiri pengalaman memegang rotan yang digunakan untuk hukuman sebatan dan boleh cuba beraksi seakan-akan sedang melaksanakan hukuman rotan menggunakan patung yang disediakan.

Walaupun suasana di dalam sel agak menyeramkan, namun apabila melihat ruang sel yang sangat kecil, ia sesuatu yang tidak dapat dibayangkan bagaimana pesalah-pesalah ini melalui kehidupan seharian mereka. Dia dan teman wanitanya menghabiskan masa hampir sejam melawat keseluruhan muzium tersebut.

Menurutnya lagi, muzium tersebut memang sebuah penjara yang pernah dihuni oleh pesalah-pesalah sebelum dijadikan Muzium Penjara kini.

Berikutan perkongsiannya itu, Netizen memberi pelbagai reaksi, ada yang teruja malah ada juga yang tidak mahu menjejakkan kaki ke tempat menyeramkan seperti itu.

Katanya lagi, pengalaman ini benar-benar membuatkan dia rasa bersyukur dengan kebebasan yang dinikmatinya kerana kehidupan di dalam penjara tidaklah begitu indah.

Ini pula untuk anda yang berani. Sanggup atau tidak untuk bermalam dengan mumia di Muzium Xinjiang?

Pengalaman ‘Menyeramkan’ Dan Unik Bermalam Bersama Mumia Di Muzium Xinjiang

Muzium Ini Kumpul Produk Yang Gagal Ciptaan Jenama Terkemuka Dunia

Air Mata Anda Akan Keluar Saat Pasangan Temujanji Pertama Lelaki Ini Membuka Pintu

Sumber