Setiap orang yang pernah menyewa rumah atau bilik pastinya pernah menghadapi kesusahan sepanjang proses. Antara kepayahan yang sering dihadapi ialah deposit yang terlalu tinggi, fasiliti rumah yang kurang memuaskan, kawasan rumah yang kurang sesuai dan pelbagai masalah lain.

Beberapa hari lepas, berdasarkan perkongsian daripada seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @bhoshaga, beliau menghadapi kepayahan ketika mencarikan bilik sewa untuk adiknya. Dilihat dari Tweet tersebut, jelas kelihatan masalah yang dihadapi oleh beliau agak berbaur perkauman.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tweet dimula dengan perbualan diantara dirinya dan seseorang yang diyakini sebagai pemilik rumah yang bertanyakan mengenai jenis kaum dirinya dan adiknya.

Tweet seterusnya menunjukkan pemilik rumah hanya menerima penyewa berbangsa cina. Namun, beliau tetap mencuba dengan memberitahu kebolehan adikya berbahasa Mandarin kerana menerima pendidikan di sekolah cina. Pemilik nampaknya agak terkejut mengetahui kebolehan tersebut tetapi respon seterusnya masih menunjukkan rasa ragu terhadap dua beradik itu.

Akhirnya, Bhoshaga berputus asa memandangkan pemilik rumah bersikap seolah-olah keterlaluan sehingga sanggup meminta profil adiknya. Perkara ini jelas sekali tidak patut kerana dikira sebagai pencerobohan privasi.

Diakhir tweet, Bhoshaga menjelaskan bahawa tujuan Tweet ini dimuatnaik bukanlah untuk menyalahkan mana-mana pihak tetapi hanya untuk menegakkan hak kesamarataan dalam masyarakat berbilang kaum ini.

Sehingga kini, tweet tersebut menerima lebih 8 ribu retweet dan hampir 5 ribu likes daripada orang ramai. Malah di ruangan komen terdapat beberapa pengguna juga memberi pandangan dan pengalaman yang hampir sama.

https://twitter.com/eydastellaa/status/1150672514764292097

Namun ada beberapa pihak yang mempertikaikan perbualan ini dan mengaitkan dengan kaum lain. Tetapi masih ada segelintir masyarakat yang memberi respon yang rasional dan boleh diterima ramai. Bagaimana pula dengan pandangan anda mengenai perkara ini?