Zaman sudah moden tetapi kita masih lagi mendengar berita ada orang yang terkena ilmu sihir. Hal ini bukanlah baru tetapi sudah sering terjadi dan proses ‘berubat’ memakan masa.

Terbaharu, seorang pengguna Facebook Are Fiq telah berkongsi penemuan duit kertas dan syiling di kawasan rumahnya dimana asal usul wang tersebut tidak diketahui. Menurutnya, setiap kali kumpul dan buang wang tersebut pasti wang itu akan kembali.

Tambahnya, kejadian itu dipercayai dilakukan oleh individu yang cuba melakukan perbuatan khianat terhadapnya. Oleh itu, Are Fiq meminta agar individu tersebut bertaubat dan tidak lagi melakukan perbuatan terkutuk itu.

Malah, Are Fiq juga menasihati masyarakat di luar sana jika terjumpa duit syiling di halaman rumah, di depan rumah, di sebelah kereta dan juga yang tidak ketahui asal usulnya agar tidak mengambilnya.

Menurutnya, perbuatan khianat yang meletakkan sihir pada duit syiling disaluti tanah kubur ini akan mengakibatkan mangsa merana satu badan sehingga boleh menangis kesakitan. Lantaran itu, Are Fiq meminta orang ramai berhati-hati agar tidak terkena sihir seperti ini.

Berikut adalah perkongsian oleh Are Fiq:

Bismillah,
Saya pun tidak faham apa orang nak buat khianat pada saya atau keluarga, yang saya tahu kalau kumpul duit keliling rumah saya ini memang banyak.

Setiap kali buang mesti ada balik, yang mana cuba nak buat khianat tu insaflah. Saya ini bukannya berniaga juta-juta dan bukan orang senang nak buat macam-macam.

Gambar 1 : dekat compressor aircond luar rumah
Gambar 2 : depan rumah dekat tempat ikan
Gambar 3 : dalam peti surat

Amaran:
Jangan sesekali kutip duit syiling yang anda jumpa di halaman rumah, di depan pintu rumah, disebelah kereta anda dan duit yang anda tidak tahu asal usulnya.

Sebagai contoh anda mahu masuk kereta tiba-tiba ada syiling diatas lantai sebelah kereta anda. Sedangkan semasa anda turun kerata syiling berkenaan tiada disitu.

Contoh yang kedua, anda nak keluar rumah tiba-tiba ternampak syiling dihadapan rumah, jangan terus ambil. Zaman sekarang jika orang mahu sihir datang dengan pelbagai cara.

Akibat khianat daripada sihir syiling yang di saluti tanah kubur akan membuatkan mangsa merana satu badan dan apabila waktu malam akan terasa berdenyut bisa sampai menangis menahan kesakitan.

Berhati-hatilah apabila anda terjumpa sihir seperti ini. Jangan sesekali cuba sentuh sekiranya tiada keyakinan diri dan doa serta pendinding diri.

Sebaliknya, sapulah dan terus buang. Malah, ambil 1 jug air dan 3 biji limau nipis lalu perahkan ke dalam jug air.

Kemudian, ambil segenggam garam kasar, larutkan bersama air dan perahan limau tadi. Lalu, bacakan doa pembatal sihir ini.

Fa-lammâ ‘Alqaw Qâla Muusâ Mâ Ji’tum Bihis-Siḥr; ‘Inna-LLâha Sa-Yubţiluh; ‘In-Na-LLâha Lâ Yuṣ-Liḥu ‘Amalal-Mufsidiin ۝ Wayu-Ḥiqqu-LLâhul-Ḥaqqa Bi-Kalimâ-Tihii Wa Law Karihal-Mujri-Muun ۝ (Ayat 81 – 82) Surah Yunus

Kemudian, siramkan di tempat tapak atau kawasan terletaknya duit syiling yang di jumpai. InsyaAllah dengan izin Allah sihir terbatal.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan ketika artikel ini ditulis ia telah dikongsikan lebih 10 ribu di Facebook.

Tahukah anda bahawa Ustaz Kazim telah terkena sihir? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Jumpa Abu Dan Gambar Dibakar Dalam Kotak, Ustaz Kazim Elias Dedah Disihir Punca Kaki Membengkak

Lihat Bagaimana 30 Bomoh Di Indonesia Serang Israel Guna Sihir Dan Roket Ghaib

Tok Bomoh Berusia 25 Tahun Ditangkap Ketika Sedang ‘Ritual’ Sihir