Sebut sahaja Thailand pasti anda terbayang makanan dan tempat membeli-belah  kerana Thailand boleh dikatakan ‘syurga makanan dan shopping‘. Malah, terdapat banyak destinasi pilihan yang boleh anda lawati seperti Bangkok, Hatyai, Krabi dan banyak lagi.

Tidak lengkap jika anda ke Thailand tetapi tidak berkunjung ke Bangkok kerana Bangkok merupakan jantung negara Thailand, Bangkok juga adalah ibu kota dan bandar terbesar di Thailand. Seorang pengguna Facebook iaitu Kaiser Khairi telah berkongsi tip DIY, itinerari dan kos travel ke Bangkok menggunakan keretapi.

MiTEC
HYPE
‘Hi HOME Property Event’ Acara Hartanah Unik Yang Akan Berlangsung Pada 25 Julai 2019
Baca lagi →

Baca perkongsian tip , itinerari dan kos travel lengkap di bawah:

1. Itinerari

Hari pertama: Naik ETS dari KL Sentral ke Padang Besar, cop passport. Kemudian, naik shuttle train ke Hatyai. Di Hatyai, boleh ronda-ronda cari makan dan simcard dulu. Kemudian, naik train ke Bangkok dan bermalam dalam train.

Hari Kedua: Sampai di Bangkok waktu tengahari. Cari makan dan check-in hotel. Petang dan malam boleh berjalan-jalan sekitar Bangkok.

couple

buah-buahan

Hari Ketiga: Free & Easy

Hari Keempat: Balik Malaysia naik flight. Tak larat dah nak layan lagi 28 jam dalam keretapi.

2. Kos

KTM ETS (KL Sentral ke Padang Besar) : RM76
– Shutte Train (Padang Besar ke Hatyai) : RM10/THB80
– Special Express Train (Hatyai – Bangkok) : RM135/THB1005 (2nd class upper bed)
– Penginapan 2 malam di Bangkok : RM85/pax X 2 malam = RM170
– Flight ticket (Bangkok ke KL) : RM230 normal fare AirAsia
– Pengangkutan di Bangkok : RM100 (Grab/Skytrain/BTS/Tuktuk) anggaran
– Makan minum : RM100 anggaran
Total Damage (anggaran) = RM850++ seorang

3. Tempat menarik di Bangkok

Chatuchak Weekend Market: Buka sabtu dan ahad sahaja. Pasar minggu yang tersangatlah luas.

Sungai Chao Phraya: Boleh naik feri atau cruise & lihat kesibukan sungai Chao Phraya yang menjadi tulang belakang Thailand.

Maek Long Railway Market: Pasar atas landasan keretapi. Agak jauh dari bandar Bangkok tapi berbaloi pergi. Naik van dari Bangkok. Moment keretapi lalu tengah-tengah pasar itu memang awesome!

keretapi

floating

Stesen Keretapi Hua Lamphong: Stesen keretapi klasik yang dibina tahun 1916. Train dari Hatyai akan berakhir di sini.

Damnoen Saduak Floating Market: Pasar terapung paling besar dan paling popular tapi agak jauh dari Bangkok. Penuh dengan pelancong.

Amphawa Floating Market: Tidak jauh dari Maek Long Railway Market. Kurang sibuk dan tidak banyak peniaga atas perahu. Lebih banyak gerai-gerai di tepi sungai.

Siam Paragon/MBK Centre/Hard Rock Cafe: Shopping district ala-ala Bukit Bintang.

4. Tip

a) Tiket keretapi Thai :
Tiket keretapi boleh dibeli secara online di www.railway.co.th. Pastikan anda membeli tiket yang betul. Check no. train, jenis gerabak, stesen dan waktu. Kalau tersilap, naya.

b) Makanan dalam keretapi :
Dalam train Hatyai ke Bangkok ini tiada menjual makanan yang dijamin halal. Yakin untuk boleh beli coffee sahaja. Jadi, dicadangkan anda bawa bekalan makanan untuk dinner & breakfast. Air panas boleh dibeli di gerabak cafe. Fresh-brewed coffee yang dijual kat cafe train ini memang best. Minum sambil layan view perkampungan Thai.

makanan dlm train

makanan

c) Restoran Halal di Bangkok :
• Yana Restaurant (MBK Center)
• Usman Thai Muslim Food
Dua restoran ini sahaja yang kami sempat pergi. Sangat sedap & tidak sama dengan masakan thai yang kita makan kat Malaysia. Halal street food banyak kat area Pratunam tapi kami tidak sempat ke sana.

d) Wendy Guest House
Penginapan ala-ala backpakers. Bilik memang sempit. Tapi lokasi dia memang dekat dengan BTS station. Dekat juga dengan MBK & Siam Paragon. Jalan kaki dalam 5 minit. Plus, vegetarian breakfast disediakan. So, boleh makanan kenyang-kenyang dulu sebelum memulakan perjalanan. Hotelnya bersih dan murah. Boleh baca review di Tripadvisor.

Artikel di atas disumbangkan oleh Kaiser Khairi. Beliau merupakan pemilik sebuah kedai sukan Terbaeek Sports & Outdoor Shoppe. Boleh ikuti beliau di sini.

Anda Mungkin Suka