Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Setiap orang sudah pasti bercita-cita untuk memiliki kenderaan sendiri bagi memudahkan anda bergerak untuk aktivti harian. Tetapi anda kena tahu tip and trik supaya pinjaman kenderaan yang anda buat tidak menyukarkan kehidupan di kemudian hari.

Baru-baru ini Tuan Haikal telah membuat bebenang ciapan mengenai tips pinjaman kenderaan yang telah dikongsikan oleh pegawai bank itu sendiri. Anda boleh baca perkongsian beliau seperti di bawah.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

Tambah beliau lagi, anda boleh melangsaikan hutang pinjaman kenderaan anda dengan cepat apabila membuat full settlement.

Anda bukan sahaja dapat menyelesaikan hutang dalam masa yang singkat, bahkan berpeluang untuk mendapatkan rebat daripada pihak bank.

Tuan Haikal turut berkongsi contoh kiraan rebat dengan menggunakan sebuah laman web kalkulator online.

Jumlah rebat yang akan diperolehi berbeza-beza mengikut tempoh pinjaman, kadar faedah dan jumlah ansuran bank yang anda telah bayar.

vocket-pakar-kewangan-pembiayaan-pinjaman-kenderaan-1

Sumber Gambar: Twitter @haikalhisham_

Pegawai bank tersebut turut menyatakan tempoh pinjaman yang terbaik untuk mendapatkan kadar pinjaman yang lebih rendah. Ini kerana setiap tahun nilai kereta anda akan jatuh secara drastik

Tambah Tuan Haikal lagi, mentor kewangan beliau turut berkongsi ‘formula kewangan’ untuk memilih kenderaan apa yang sesuai untuk anda miliki mengikut kestabilan kewangan anda.

Perkara ini dititikberatkan supaya markah Debt Service Ratio (DSR) anda dalam keadaan yang baik bagi memudahkan sebarang pinjaman yang anda mahu buat dapat diluluskan dengan mudah oleh pihak bank.

Anda boleh ikuti bebenang ciapan lebih lanjut di sini kerana ramai berpengalaman dalam industri pembiayaan pinjaman kenderaan turut berkongsi tip pada bebenang ciapan tersebut.

Semoga perkongsian ini dapat memudahkan anda berurusan pembiayaan pinjaman kenderaan. Jangan lupa kongsikan artikel ini kepada kenalan anda yang mahu memiliki kenderaan baru juga.

Sekiranya kenderaan anda ‘total lost’, anda boleh dapatkan pampasan insurans untuk selesaikan hutang dengan pihak bank. Klik pautan di bawah untuk baca lebih lanjut.

Perancang Kewangan Kongsi Bagaimana Pampasan Kenderaan ‘Total Loss’ Dikira

Peguam Ini Kongsi Cara Selesaikan Denda Kesalahan Jalan Raya Yang Melibatkan Mahkamah

Mudah Dan Cepat, Gadis Ini Kongsikan Cara Untuk ‘Renew’ Lesen Secara Online

 

Anda Mungkin Suka