Pelbagai cara yang boleh anda lakukan untuk turun berat badan iaitu dengan bersenam dan amalkan makan makanan yang sihat dan seimbang. Jika anda buat carian di internet, pasti akan jumpa banyak kisah-kisah inspirasi tentang individu berbadan besar yang berkongsi tips mereka berjaya turunkan berat badan.

Terbaharu, seorang pemuda @shmlhzm melalui perkongsiannya di Twitter berkongsi rutin yang diamalkannya sehingga berjaya menyarung seluar saiz XS. Jadi apa agaknya yang beliau buat?

huawei-cover-image-671×373
HYPE
Rasai Pengalaman Masa Akan Datang Dengan Peranti Terbaru HUAWEI Smart Life!
Baca lagi →

Menurut thread tersebut, beliau hanya mengamalkan dua benda sahaja iaitu jaga pengambilan kalori dan bersenam setiap hari dan hasilnya beliau berjaya turun 31 kg dalam masa 67 hari.

Kalau dulu nak pakai baju kemeja Seed atau Padini pun kena pilih saiz XL, seluar pula saiz 36. Bukan itu sahaja, nak jejakkan kaki ke butik pakaian terkenal pun segan kerana rasa kurang berkeyakinan diri dan malu dengan saiz badannya.

Menyedari sesuatu perlu dilakukan, beliau mula mengamalkan rutin makan ikut kalori selepas tertarik dengan tips daripada trainer Jillian Michaels dalam sebuah filem The Biggest Loser yang memberi inspirasi untuk beliau kurus. Dalam filem tersebut, peserta makan 1800 kalori sehari tetapi beliau ubah sedikit mengikut kesesuaian dirinya iaitu 1500 kalori sehari memandangkan beliau tidak bersenam seperti peserta dalam rancangan tersebut.

Walaupun berjaya capai cita-citanya untuk kurus, rutin dietnya tidaklah terlalu ketat. Makanan tinggi kalori seperti nasi, makanan segera, dan bergula tetap juga diambil tetapi dalam keadaan terkawal.

Selain itu, beberapa rutin lain yang turut beliau amalkan antaranya menggunakan basikal senaman selama 30 minit hingga ke 40 minit sehari, sit-up 200 kali, crunches 100 kali dan dumbbell lifting. Rutin ini diamalkan selama sejam sahaja pada setiap hari.

Perkongsiannya itu mendapat banyak reaksi positif daripada netizen dan ada yang turut berkongsi telah mengamalkan tips yang sama untuk diet. Malah, ada juga yang mengucapkan tahniah kepada beliau kerana berjaya mendapatkan berat badan ideal.

Walaupun pada mulanya agak mencabar namun hasilnya sangat memuaskan sehingga melebihi ‘target’ yang beliau tetapkan. Beliau hanya aim 65kg tetapi mampu turunkan berat sehingga 59kg. Selepas kejayaanya itu, beliau cuba masuk salah satu butik pakaian terkenal dan tidak sangka mampu pakai saiz XS pula.

Jika anda berusaha pasti anda akan dapat capai apa yang anda inginkan. Klik pautan di bawah untuk lebih banyak kisah diet yang boleh berikan inspirasi kepada anda.

Berat Badan Lelaki Ini Pernah Mencecah 120kg Dan Kini Bakal Sertai IRONMAN Triathlon

Hanya Jalan Kaki Setiap Hari Boleh Kurus? 2 Individu Ini Kongsi Kisah Mereka

Inilah 6 Jadual Makan Dan Diet Saya Selama 3 Bulan Hingga Berjaya Hilang 40 Kg

Anda Mungkin Suka