New Zealand merupakan antara negara yang akan menyajikan anda kehijauan pemandangan yang indah dan segar. Pasti anda pernah terdetik untuk melancong ke New Zealand bersama keluarga.

Ini merupakan perkongsian saudara Syukri Anas menerusi Facebook Backpackers Buddies Malaysia mengenai roadtrip dia bersama isteri dan anaknya yang berusia 8 bulan ke New Zealand.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Syukri Anas telah memilih motorhome sebagai pengangkutan utama untuk menjelajah New Zealand. Perbelanjaan keseluruhan dari tiket penerbangan, motorhome dan penginapan adalah RM16 ribu.

Mereka telah melancong ke New Zealand dari 12 Jun hingga 22 Jun. Mereka telah memelih untuk menginap di Jucy snooze hotel kerana ia antara hotel yang murah dan convenience berikutan mereka menyediakan dapur, tempat bbq dan ruang khas untuk bersembang serta berkonsepkan backpackers. Baca tip dan itinerari lengkap di bawah:

jucy hotel

Hari pertama dan kedua
– Berlepas ke Gold Coast dari KLIA 2
– Tiba di Lapangan Terbang Gold Coast untuk 8 jam transit
– Berlepas ke Christurch
– Tiba di CHC Airport
– Check-in Jucy Snooze Hotel

Hari ketiga
– Bangun dan bersarapan
– Picked-up motorhome
– Pergi supermarket membeli barang dapur
– Bertolak ke Masjid An Noor, Christurch
– Bertolak ke Dunedin Railway Station
– Bermalam di Dunedin Railway Station

Hari keempat
– Melawat Dunedin Railway Station
– Bertolak ke Taiaroa/ Royal Albatross
– Sarapan
– Bergerak ke Anau
– Bermalam di camp site Anau

mount cook

mount hutt ski

Hari kelima
Breakfast
– Bertolak ke Milford Sound
– Menaiki cruise ke Milford Sound
– Lepas tamat Milford cruise, bertolak ke Queenstown
Parking di Top 10 Holiday Park (50NZD/night)
Dinner dan tidur

Hari keenam
Breakfast
City tour (bungee jumping, gondola, dan luge ride)
– Bertolak ke Wanaka (ambil gambar pokok Wanaka dan church bersejarah berdekatan)
– Bertolak ke Hooker Valley
– Bermalam di White Horse Hill Campground
Dinner dan tidur

Hari Ketujuh
Breakfast
– Bertolak ke Arthur’s pass
– Jelajah MT Cook Alphine Salmon
– Bermalam di Porters Lodge
Dinner dan tidur

Hari kelapan
Breakfast
– Bergerak ke Christchurch
– Tiba di puncak Mount Hutt
– Tiba di Chamberlain Ford Recreation
Dinner dan tidur

milford track

milford sound

Hari kesembilan
Breakfast
– Christchurch city tour
– Tiba Masjid Al Joor
Check-in Jucy Snooze Hotel
– Pulangkan RV
Dinner dan tidur

Hari kesepuluh
Breakfast
Check-out
– Pulang ke Malaysia, transit di Sydney

Tip membawa campervan di New Zealand:

1. Ketahui jenis campervan yang ingin disewa

Secara amnya, di New Zealand ada 2 jenis campervan yang kita boleh sewa, iaitu self-contained campervan dan non self-contain campervan. Self-contained campervan ada ciri-ciri motorhome yang lengkap seperti tandas, shower, cooking stove, microwave, oven, fridge, heater, dan sinki serta katil.

2. Tempat larangan campervan RV

Terdapat banyak tempat larangan untuk campervan jenis RV ini terutamanya di bandar besar berikutan terlalu banyak aduan daripada penduduk tempatan, jadi penguatkuasa tempatan melarang RV untuk parking merata-rata. Antara tempat yang dibenarkan adalah holiday park dan free campsite. Untuk mendapatkan maklumat mengenai holiday park yang berbayar atau percuma, anda harus memiliki aplikasi ‘Rankers Campers New Zealand’.

motorhome

3. Jika bawa bayi, pastikan ada carseat

Pastikan anda carseat dalam campervan anda. kerana jika masyarakat setempat melihat ada ibu bapa yang memegang anak ketika memandu, mereka akan memberhentikan kenderaan kita dan merampas kunci kereta. Lalu, mereka akan menelefon polis dan akan menasihati kita.

4. Bawa international power socket

Sila bawa international power socket sebab di sana lain dari Malaysia dan wall socket dalam RV hanya boleh digunakan apabila RV disambungkan pada power supply yang ada di holiday park. Dalam mode biasa, bateri yang ada dalam RV akan digunakan tetapi jangan risau, ada solar untuk recharge semula bateri yang ada dalam RV dan tidak perlu risau jika bateri itu habis. On sahaja mana yang perlu sebab solar akan charge semula bateri tersebut.

5. Buang bahan sisa kumbahan

Buang bahan sisa kumbahan yang terdapat dalam storage box di dump station yang terdapat di pam minyak. Jangan buang bahan sisa kumbahan merata-rata tempat.

gunung dan tengah jalan

dunedin railway station

Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh anda yang ingin ke New Zealand tidak lama lagi.