Tidak dapat dinafikan bahawa wabak coronavirus yang tular membimbangkan ramai orang. Difahamkan juga, rakyat Malaysia yang berada di Wuhan sebelum ini telah dibawa pulang ke Malaysia melalui penerbangan AirAsia dan telah menjalani pemeriksaan khas setibanya di tanahair.

Terbaharu, sebuah video perjalanan krew penerbangan AirAsia membawa pulang rakyat Malaysia tular di media sosial. Ia menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi video tersebut, kita dapat lihat situasi persediaan krew-krew penerbangan sebelum membawa pulang rakyat Malaysia. Malah, setiap krew memakai pakaian khas sepanjang operasi tersebut.

Berikutan perkongsian tersebut, rata-rata netizen berterima kasih kepada krew yang terlibat kerana sanggup berdepan risiko tinggi demi membawa pulang rakyat Malaysia.

https://twitter.com/insyik_/status/1225700803115024384

Inilah ‘unsung hero’ yang ramai tidak tahu, walaupun berdepan risiko yang tinggi tetapi demi tugas masih lagi melakukan ia. Terima kasih buat kesemua krew penerbangan atas usaha dan dedikasi anda.

Baca artikel berkaitan coronavirus di Vocket pada pautan di bawah ini.

3 Cara Lindungi Diri Daripada Wabak Coronavirus Anda Wajib Tahu

KKM Keluarkan Senarai Berita Palsu Mengenai Coronavirus

2 Hari Ubah Suai Bangunan Lama, Hospital Coronavirus Di China Siap Sedia Beroperasi

Sumber