Berbaki satu jam sahaja lagi sebelum Apple akan lancarkan produk baharu. Saya cari ucapan Steve Jobs di Stanford suatu ketika dulu. Pernah baca rakan-rakan bisnes kongsikan maka saya ambil peluang untuk tonton video ini beberapa hari lepas. Dalam ucapan ini, saya bawakan 3 kisah di mana semuanya penuh dgn pengajaran.

1. Connecting the dots

Sumber: inc

Sebelum Jobs lahir, mak sebenar Jobs mahu supaya anaknya dipelihara oleh ibu bapa yang berpendidikan tinggi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Walau bagaimanapun, ibu angkatnya bukanlah graduan daripada kolej, manakala ayah angkatnya tidak menghabiskan pembelajaran di sekolah menengah. Mak sebenar Jobs tidah mahu tanda tangan adoption form sehinggalah ibu bapa angkatnya berjanji untuk hantar Jobs ke kolej untuk mendapatkan pendidikan tinggi.

17 tahun kemudian, Jobs masuk ke kolej. Mak ayah angkatnya merupakan proletariat iaitu golongan pekerja yang berpendapatan sederhana. Jadi, seluruh simpanan mereka ditumpukan untuk dana perbelanjaan Jobs di kolej.

Selepas 6 bulan belajar, Jobs tak gagal temui tujuan beliau meneruskan pembelajaran. Jobs tidak ada idea mengenai apa yang perlu beliau buat dengan kehidupan. Maka, beliau pilih untuk drop-out dari kolej. Beliau ingat semuanya akan jadi lebih baik selepas drop-out namun perkara sebaliknya berlaku.

Tidur di lantai bilik rakan. Berjalan jauh semata-mata untuk dapatkan makanan yang baik seminggu sekali di rumah ibadat. Reed College yang beliau drop out itu adalah tempat belajar kaligrafi terbaik di Amerika Syarikat. Beliau manfaatkan masa yang ada untuk belajar jenis-jenis tulisan terdiri daripada Serif, Sans Serif serta kombinasi perkataan dan banyak lagi.

Beliau tidak pernah bayang belajar kaligrafi boleh aplikasikan dalam kehidupan. Akan tetapi, 10 tahun kemudian bila beliau dan rakannya bangunkan Macintosh di mana ilmu yang dipelajarinya itu dimanfaatkan dalam pembuatan Mac.

Mac menjadi komputer pertama yang ada seni tipografi yang kemas dan menarik sehingga ditiru Windows.

Jobs nyatakan kita tidak akan boleh menyambungkan titik atau connecting the dots bila kita melihat ke hadapan. Akan tetapi, kita boleh connect the dots dengan melihat semula ke belakang.

Oleh itu, percayailah titik-titik yang akan bersambung pada masa depan kita. Kepercayaan bahawa setiap usaha walaupun kecil, ada sumbangannya dalam menatijahkan hasil yang baik sangat penting supaya kita kekal optimis.

2. Cinta dan kehilangan

Sumber: thebalanceeveryday

10 tahun Jobs bersama Wozniak, Steve Jobs berjaya bangunkan Apple bermula dari garaj ibu dan bapanya. Mereka bekerja keras sehingga dinilaikan $2 bilion dengan 4,000 pekerja. Ketika masuk usia 30, beliau dipecat daripada syarikatnya.

Mungkin ramai yang tertanya, bagaimana Jobs boleh dipecat daripada syarikat sendiri? Difahamkan semakin Apple berkembang, Jobs melantik seorang yang sangat berbakat untuk bangunkan syarikat bersama beliau. Namun sampai pada satu detik, pelan mereka untuk masa depan berubah di mana mereka berselisih pendapat.

Kemuncaknya apabila lembaga pengarah menyebelahi orang itu dan Jobs secara rasmi dipecat dari Apple. Jobs merasa terkilan dengan keputusan yang diterima. Siapa sahaja yang tidak terkilan dibuang daripada syarikat yang dibangunkan sendiri.

Steve Jobs sedar, beliau cinta apa yang beliau buat dan berbaloi pada beliau untuk bermula semula dari awal. Beliau merasakan dibuang daripada Apple merupakan perkara terbaik yang pernah beliau alami dalam hidup.

The heaviness of being successful was replaced by the lightness of being a beginner again”, tambah Jobs lagi.

Sepanjang 5 tahun seterusnya, beliau mulakan sebuah syarikat yang dinamakan NeXT, dan sebuah lagi dinamakan Pixar. Lebih besar, beliau jatuh cinta dengan wanita hebat yang akhirnya menjadi isterinya.

Pixar kini menjadi studio animasi yang paling berjaya di dunia menghasilkan pelbagai animasi hebat. Antara filem yang berjaya adalah Toy Story, Inside Out dan Finding Nemo.

Sumber: Forbes

NeXT pula dibeli Apple dan teknologi yang dibangunkan di NeXT menjadi sebab kepada kebangkitan Apple hari ini manakala beliau dan Laurene iaitu isterinya membina keluarga bersama.

Pada Jobs, semua ini tak akan berlaku sekiranya beliau tidak dibuang dari Apple. Pengalaman ini beliau sifatkan sebagai awful tasting medicine iaitu ubat yang pahit untuk ditelan tetapi pesakitnya sangat memerlukan.

Kerja yang kita buat, akan memenuhi sebahagian besar hidup kita. Satu cara untuk kita bahagia adalah dengan mempercayai bahawa apa yang kita buat adalah kerja yang hebat. Dan satu-satunya cara untuk buat kerja yang hebat, adalah dengan mencintai apa yang kita lakukan.

Kalau kita masih belum jumpa minat kita, teruskan mencari. Jangan berhenti.
Seperti hubungan yang hebat, apabila tahun bersilih ganti, perjalanan kita akan menjadi lebih baik. It takes time. So keep looking. Don’t settle.

3. Kematian

Di usia 17, Jobs terbaca satu petikan yang berbunyi, “If you live each day as if it was your last, someday you’ll most certainly be right”.

Petikan ini mengubah cara Jobs melihat kehidupan. Setiap hari beliau lihat cermin dan bertanya pada dirinya “If today were the last day of my life, would I want to do what I am about to do today?

Apabila jawapannya menjadi “No” untuk masa yang lama, beliau tahu ada perkara yang perlu berubah.

Menyedari bahawa kematian akan datang bila-bila masa telah membantu Jobs membuat pelbagai pilihan yang besar dalam hidup sebab hampir kesemua harapan, kebanggaan, keinginan, ketakutan kerana dimalukan atau gagal, semuanya akan berlalu pergi bila datangnya kematian.

Kesedaran terhadap kematian adalah cara terbaik untuk elakkan kita terperangkap dalam pemikiran bahawa ‘we have something to lose’.

Pada tahun 2007, Jobs didiagnosis dengan kanser dimana terdapat ketumbuhan pada pankreasnya. Jangkaan hidupnya hanya tinggal beberapa bulan sahaja. Doktor minta Jobs balik rumah, beritahu keluarga segala apa yang Jobs nak diorang tahu.

Namun setelah berhadapan dengan pembedahan, Jobs dimaklumkan bahawa beliau menghidap barah pankreas yang boleh dirawat. Sebuah keadaan yang sangat jarang berlaku. Keadaan ini sangat hampir dengan kematian, namun beliau bersyukur kerana berjaya menghadapinya. Jobs akhiri ucapannya di Stanford, dengan membuat beberapa pernyataan.

Sumber: CNN

1. Masa kita terhad, jangan kita bazirkan dalam kehidupan orang lain.

2. Jangan terperangkap dengan dogma di mana kita kena hidup dengan keputusan yang orang lain lakukan.

3. Jangan izinkan kata-kata orang lain menenggelamkan tujahan nurani kita.

4. Paling penting, perlu berani untuk mengikut gerak hati kita.

Di akhir ucapan beliau, Jobs sebutkan “stay hungry, stay foolish”.
Sentiasa jadikan diri kita orang yang lapar dan dahagakan ilmu baharu.
Saya teringat dalam sebuah acara beberapa tahun lepas, salah seorang pembicara sebut mengenai perlunya kita hadirkan diri sebagai gelas kosong ketika menuntut ilmu.

Gelas kosong yang tidak meninggi diri terhadap ilmu yang dipelajari, bahkan berupaya menyerap pengetahuan baharu secara berterusan.

Siapa sangka, salah satu ramalan Steve Jobs berjaya menjadi kenyataan pada tahun ini selepas 31 tahun. Ketahui lebih lanjut dengan klik pautan di bawah.

Ramalan Steve Jobs Pada Tahun 1990 Akhirnya Jadi Kenyataan Pada Hari Ini

Ini Apa Yang Dilakukan Steve Jobs Saat Menerima Kecaman Orang Ramai

Surat Permohonan Kerja Steve Jobs Tahun 1973 Terjual Pada Harga RM684,000