Allah.. Tak ada tempat di hatiku yang lebih indah daripada rumahMu ini.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Jom saya share sikit

TEKNIK PERGI MEKAH BUAT YANG PERTAMA KALI

13509133_1200730973305021_1696987015384325384_n

1. Pasang niat dan kesungguhan untuk pergi. Doa bersungguh-sungguh setiap hari supaya menjadi tetamuNya. Berdoa bersungguh-sungguh ok. Letak target tarikh nya terus.

2. Asingkn duit 30% daripada income dalam satu tabung umrah. Ketepikan dulu niat nak beli kereta, rumah, telefon mahal-mahal, makan sedap-sedap, langsir raya dan sebagainya. Letak target pergi sini dulu (Kejap lagi sy bagitau kenapa).

Kalau income RM2,000, dah RM600 sebulan boleh kumpul. Tak sampai setahun dah cukup. Ikat perut dulu!

3. Bila dah cukup duit, jangan fikir banyak, serah diri bulat-bulat pada Allah dan pergi je. Time tu akan datang banyak gangguan dan cabaran. Time tu la tengah banyak kerja, banyak projek baru masuk, dan macam-macam lagi. Dah set target dan niat, settlekan apa yang di plan dulu. Jangan beralih arah.

4. Dah sampai sini doa lah apa nak doa. Nak naik pangkat ke, nak iphone ke, atau apa sahaja yang korang korbankan dulu untuk pergi ke sini. InsyaAllah Allah akan ganti dengan lebih baik lagi.

5. Doa juga untuk sampai sini lagi setiap tahun. Tapi doa supaya boleh bawak mak ayah sekali ke, keluarga ke atau anak isteri.

6. Setiap duit yang kita belanja kan utk ke sini Allah pasti akan ganti balik. Bila rezeki yang Allah ganti tu masuk balik, jangan beli iphone terkini pulak, simpan untuk pergi lagi tahun depan. Tapi kali ini bawak lah mak ayah pulak.

Kabah 2012

Bila dah sampai sini, pandai-pandai lah doa utk seumur hidup kita. Boleh plan kan siap-siap sebagaimana yang kita mahukan. InsyaAllah hidup akan lebih baik lepas balik dari sini kalau Allah terima umrah kita. Orang kata umrah yang mabrur.

Tapi jangan lupa tambah lepas doa apa kita nak itu, semoga Allah terima doa kita atau beri lebih baik daripada apa yang kita minta. Sebab Allah lagi mengetahui apa yang terbaik utk kita.

Tapi.. Jangan terpengaruh sangat, Sebab paling penting bukan iphone ke kereta mewah atau rumah besar. Paling penting adalah redha daripada Allah.

Doa sungguh-sungguh supaya Allah redha. Itulah kejayaan yang sebenar-benarnya. Yang dunia-dunia itu hanyalah sekadar tipudaya.

Sangatlah berbaloi untuk korbankn sikit daripada income kita untuk menghadap pencipta kita.

Artikel di atas disumbangkan oleh Dzul Suhaimi. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group