Semalam saya minum air dengan kawan saya. Beliau merupakan tauke besar dalam bidang peruncitan. Saya banyak belajar daripada beliau bagaimana untuk berniaga barangan runcit serta barangan keperluan.

Namun yang menariknya, beliau menceritakan kepada saya bagaimana beliau ikut apa yang puan guru ajarkan di media sosial di mana sekiranya hendak memulakan perniagaan, mulakan dengan modal RM2,000 sahaja.

Mengapa perkongsian ini penting ketika ini

KWSP-1200×821

Kenapa saya nak cerita benda ini sebab maklumlah sekarang ini dengar kata duit KWSP dah boleh buat keluar RM10,000 secara one-off. Maka, saya nak cerita moga-moga anda boleh cuba buat.

Apa yang menariknya cerita beliau semalam, beliau mula berniaga runcit dengan modal RM2,000 sahaja. Beliau buat apa yang beliau baca pasal puan guru katakan. Namun beliau tidak buat seorang diri. Sebaliknya, beliau memilih berkongsi bisnes bersama rakan beliau.

Beliau bincang dengan kawannya untuk memulakan perniagaan dengan modal RM2,000 seorang. Maka dikumpulkan modal tiga individu ini menjadi RM6,000.

Apabila berjaya mengumpul RM6,000 beliau pergi ke Pulau Pinang untuk membeli bawang. Ini cerita 2 atau 3 tahun lepas sebelum harga bawang meningkat lagi. Mengetahui bawang merupakan barangan keperluan, maka beliau mulakan dengan berniaga bawang.

Beliau pergi Pulau Pinang mencari tauke bawang dan beliau borong dengan modal RM5,000. Baki RM1,000 beliau simpan. Balik Kelantan mereka bertiga mula masuk ke kedai-kedai runcit Melayu yang kecil-kecil. Sebabnya kalau masuk kedai runcit besar mereka mahu hutang. Dalam erti kata lain, mereka tidak mahu memberi hutang kerana bakal menggangu aliran tunai.

Seterusnya mereka jual sampailah habis. Alhamdulillah daripada situ mereka pusing duit bermula dengan modal RM2,000 seorang itu.

Sudah mulai mempunyai kedai masing-masing

arak-tidak-dibenarkan

Sekarang mereka bertiga dah ada kedai masing-masing. Mereka kongsi pelanggan yang sama. Cuma mereka berniaga sendiri-sendiri sahaja.

Nak diceritakan bagaimana dengan modal RM2,000 boleh pusing dan menjadikan mereka ada duit sampai boleh buka kedai sendiri dan tauke-tauke itu dah mula bagi kredit kepda mereka untuk besarkan lagi perniagaan mereka.

Sekarang kalau ada duit KWSP itu jangan cepat mahu buka kedai dan melabur dalam apa-apa money game. Belajar berniaga kecil-kecil jika betul mahu jalankan bisnes.

Sebelum ini, Kuala Lumpur telah diumumkan sebagai ‘wilayah bebas berniaga’. Turut dikongsikan, kisah lelaki OKU yang mengalami masalah pertuturan yang berniaga dan stream di Facebook Live.

Kuala Lumpur Sebagai ‘Wilayah Bebas Berniaga’ Mulai Ahad Ini

Masalah Pertuturan Tidak Halang Lelaki OKU Ini Berniaga Dan ‘Stream’ Di Facebook Live

‘Memang Kedai Cuma Tidak Berniaga’- Pemilik Dapur Disangka Kedai Makan Cerita Kisah Sebenar Kejadian Tular

 

Artikel di atas disumbangkan oleh Sofwan Sharifuddin. Boleh ikuti beliau di sini. Pautan artikel asal.

Anda Mungkin Suka