Salah satu mimpi ngeri buat pengguna Google di luar sana adalah akaun e-mel digodam. Namun bukan semua orang mengetahui cara sebenar untuk mendapatkan semula akaun Google yang digodam malahan terdapat kes wang di dalam akaun bank yang turut dibelanjakan secara senyap.

Menerusi akaun TikTok @asrulala, beliau telah berkongsi cara mendapatkan semula akaun Google yang telah digodam daripadanya. Difahamkan akaun Google miliknya telah digodam dan wang sejumlah besar wang yang telah dicuri. Boleh ikuti tutorial di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Cara mendapatkan semula akaun Google yang telah digodam

1. Kunjungi ke portal www.search.google.com. Dengan mengakses portal ini, Google akan mula mengesan penggunaan e-mel tersebut termasuklah dalam mengesan pemilik sebenar akaun tersebut dan dari peranti manakah yang diakses.

2. Kemudian, Google bakal minta anda untuk mendapatkan semula akaun e-mel menerusi prosedur recovery email . Di sini, akaun e-mel anda bakal dikunci secara automatik kerana dikesan mempunyai aktiviti abnormal daripada peranti yang tidak dikenali mengakses akaun tersebut.

Selepas itu, anda perlu memasukkan e-mel kedua iaitu recovery email yang telah ditetapkan sebelum ini untuk tujuan pengesahan bahawa anda adalah pemilik sebenar akaun yang digodam. Kod sekuriti bakal diberikan kepada anda lalu masukkan kod tersebut pada ruangan yang disediakan.

Sumber Gambar: TikTok @asrulala

3. Masukkan kata laluan baharu seperti yang dipinta oleh pihak Google. Anda sebaiknya menukar kata laluan baharu secepat mungkin agar akses kepada e-mel tersebut dapat disekat daripada penggodam.

4. Pada proses berikutnya, anda diminta untuk membuat tetapan pengesahan dua faktor baharu pada akaun Gmail terbabit. Ini termasuklah memasukkan maklumat sekuriti serta nombor telefon peribadi untuk tujuan pengesahan sebagai pemilik akaun sebenar.

Sumber Gambar: TikTok @asrulala

5. Anda menetapkan semula lapan angka sekuriti untuk tujuan mendapatkan semula akaun pada masa kelak sekiranya berlaku penggodaman lagi. Kini anda sudah selesai mendapatkan semula akaun Gmail yang telah digodam itu.

Sebagai langkah berjaga pula, anda disarankan untuk menjadikan telefon pintar sebagai kunci sekuriti untuk recovery. Jadi, akaun Google anda hanya boleh diakses dengan peranti yang sudah ditetapkan sebagai kunci sekuriti sahaja.

6. Akhir sekali, anda perlu membuat tuntutan bagi transaksi yang tidak sah. Anda perlu berurusan dengan pihak Google berhubung isu tersebut dan berpeluang mendapatkan semula kerana wang tersebut masih dikira sebagai floating.

Untuk makluman, beliau juga mengingatkan anda untuk menghubungi pihak bank untuk menyahaktifkan kad bank yang dipautkan pada akaun Gmail sekiranya berlaku transaksi yang tidak sah. Maklumkan juga kepada rakan sekerja berkenaan akaun yang digodam agar mereka tidak ditipu oleh penggodam.

Di samping itu, anda batalkan pautan sebarang kaitan termasuklah kaedah pembayaran, aplikasi dan sebagainya daripada akaun Gmail tersebut. Hal ini kerana mahu memastikan si penggodam tidak boleh mengakses kesemua maklumat sulit atau wang daripada akaun Gmail itu.

@asrulala

GOOGLE ACCOUNT KENA HACK? ini experience aku bagaimana aq dapatkan semula account tu, 12 jam yang mengdebarkan #google

♬ original sound – Asrul Lala – Asrul Lala

Diharapkan dengan tutorial ini dapat memudahkan anda dalam mendapatkan semula akaun Gmail yang telah digodam. Anda diingatkan untuk menetapkan akaun email recovery dan juga menjadikan telefon pintar utama sebagai kunci sekuriti untuk tujuan mendapatkan semula akaun Gmail dengan lebih efektif.

Sumber