Biasa kita hanya dengar orang cakap sahaja rugi beli kereta baru. Cuba kita kira.
Ada beberapa cara kira susut nilai. Yang mudah ialah straight line method sebab susut nilai sama setiap tahun.

Akan tetapi, lebih logik jika kita guna sum of the years digit method, maksudnya susut nilai lebih banyak pada tahun-tahun terawal. Disebabkan X50 ni baru sahaja dilancarkan, kita ambil contoh ‘abang’ model ini iaitu Proton X70.

X70 baru Executive 2wd

123086933_3899090876784975_1006813390952562974_o

Harga baru : RM110,000
Harga lepas 2 tahun : RM78,800
Susut nilai 2 tahun : – RM31,200 (-28%)
Anggaran harga lepas 5 tahun : RM45,000 – RM54,000

X50 varian Flagship

200915-proton-x50-media-preview-03-1536×865

Harga baru : RM104,000
Harga lepas 2 tahun : RM75,000
Susut nilai 2 tahun : – RM29,000 (-28%)
Anggaran harga lepas 5 tahun : RM42,000 – RM51,000

Walaupun anggaran harga susut nilai ni tidaklah betul-betul tepat, akan tetapi jumlahnya tidak akan berbeza banyak. Apa yang pembeli perlu tahu apabila membeli kereta baharu adalah susut nilai kenderaan juga perlu diambil kira.

Perkongsian saya ini lebih fokus pada susut nilai. Bukan tentang beli kereta baru lebih tidak memeningkan kepala, isu waranti dan sebagainya. Perbandingan di atas hanyalah anggaran dan contoh.

1. Kiraan di atas tak ambil kira lagi ‘interest’ yang perlu dibayar selama 5 tahun.
2. Nilai harga second tu hanya rujukan di Mudah dan portal jualan. Tak melambangkan nilai sebenar.
3. Walaupun kereta susut nilai, kereta masih lagi keperluan bagi sesetengan orang.
4. Ni hanya pendapat peribadi penulis, segala perkiraan tiada kena mengena dengan mana-mana pihak.

Ketahui lebih lanjut mengenai harga bagi seleksi varian yang ditawarkan buat Proton X50.

Proton X50 Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Harga Serendah RM79,200

Tonton Perlumbaan ‘Drag’ Antara Proton X50, BMW X1 Dan Honda HR-V