Pelik tetapi benar. Itulah situasi yang David Whipple hadapi apabila menemui kembali burger daging yang dibelinya di McDonald’s pada tahun Julai 1999.

David yang berasal dari Utah, Amerika Syarikat membeli burger berkenaan untuk satu eksperimen berkenaan enzim dan penguraian. Beliau kemudiannya menyimpan burger berkenaan di dalam kot baju dan terlupa tentang burger berkenaan. Burger berkenaan kekal tidak terusik sehingga ia ditemui semula pada tahun 2013.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

David turut menyimpan resit sebagai bukti burger berkenaan dibelinya pada Julai 1999. Bagaimana keadaan burger berkenaan tersebut selepas 20 tahun? Menurut David, burger berkenaan berada dalam keadaan yang baik; cuma hirisan pickle di dalamnya sahaja yang sudah terurai.

David turut berkata burger berkenaan mempunyai bau yang tidak ubah seperti cardboard. Melihat daripada video ini, burger tersebut tidak ubah seperti burger yang baharu. Jika ditambah sos, adakah anda sanggup untuk memakannya?

Berikut merupakan resipi burger Prosperity McDonald’s yang anda boleh buat sendiri di rumah. Klik pada artikel di bawah.

Resipi ‘Beef Prosperity Burger’ Ala McDonald’s Yang Lazat Dan Mudah Anda Kena Cuba

Ketahui Sejarah Burger Sehingga Menjadi Kegemaran Orang Ramai Seluruh Dunia

Tidak Sempat Beli Kek, Burger Dipilih Sebagai Kejutan Untuk Sambut Hari Jadi Isteri

Sumber