Gojek dah nak masuk Malaysia. Kabinet pon katanya dah bagi greenlight. Apa pendapat anda. Bagi saya baik dan juga kurang baik.

Kenapa baik? Sejak Uber dah keluar daripada market Malaysia, Grab hampir tiada persaingan dan menjadi monopoli dalam industri e-hailing. Grab masih ada persaingan dalam market sekarang seperti Mycar dan Maxim tapi tidak memberi saingan yang sengit sepertimana Uber dulu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bila berlaku monopoli, Grab boleh control market dan ini memberi kesan buruk kepada end-user. Dalam cerita monopoli, boleh ambil contoh Astro. Bila monopoli dihapuskan, banyak kebaikan untuk customer.

Gojek bermula sebagai Ojek di Indonesia. Ramai orang fikir, Gojek hanya sebuah e-hailing untuk motosikal. Sebenarnya Gojek lebih daripada itu. Gojek ini lebih kurang macam Meituan-Dianping di China, bertindak sebagai Lifestyle App atau e-commerce for services.

Resized-app-image

Antara service yang Gojek sediakan adalah GoCar (car e-hailing), GoRide (motorcycle e-hailing), GoFood (food delivery) dan GoLifestyle (massage and etc). Setakat ini kita dekat Malaysia ada Grab sebagai super app yang boleh digunakan untuk cari Grab dan order GrabFood. Bila Gojek masuk, ada satu option lagi untuk kita guna seharian. Selain itu jumlah pekerjaan akan bertambah. Banyak option yang akan ada untuk buat income tambahan selain daripada FoodPanda, Grab dan sewaktu dengannya.

Tapi masih ada perkara yang kurang. Di kawasan Lembah Klang, persaingan untuk delivery startup sangat sangat sengit sekarang. Apa akan jadi dengan local delivery atau runner startup kalau ‘jerung’ seperti Gojek masuk ke market Malaysia.

Team-GetRunner-2
Sumber: Otakit

Antara local startup yang akan terkesan dengan kehadiran Gojek adalah seperti Matdespatch, BungkusIt, GetRunner, GoLog dan banyak lagi. Ada antara startup ini masih lagi merangkak mencari traction, mengembangkan pasaran. Dengan kemasukan Gojek, startup kecil mesti ada yang akan gulung tikar sebab tak dapat bergerak sama laju dengan startup besar. Sebut pasal e-hailing motosikal.

Dulu dah ada di Malaysia (Dego ride) tapi dengar cerita terpaksa tutup sebab salah disisi undang undang dan katanya tak selamat. Jika Gojek boleh apply e-hailing motor di Malaysia, memang satu ketidakadilan kepada local startup.

Kenapa kerajaan perlu bekerjasama dengan startup luar macam Gojek sedangkan banyak local startup yang ada potensi. Jika dapat bantuan serta sokongan daripada kerajaan, saya rasa ada local startup yang boleh pergi jauh dan setanding Grab dan Gojek. Kita dah kehilangan Grab kepada Singapura.

053414800_1536809894-20180912-Jokowi-hadiri-peluncuran-Go-Viet-di-Hanoi-POOL-5

Kerajaan Indonesia dibawah kepimpinan Jokowi memberi sokongan penuh kepada local startup mereka seperti Gojek dan Bukalapak untuk pergi jauh dan terus berkembang. Sebut pasal startup unicorn, Singapura ada Grab, Indonesia ada Gojek, Travelola, Tokopedia dan Bukalapak, Malaysia? Negara lain berlumba lumba untuk wujudkan startup unicorn mereka sendiri. Negara kita macam mana? Kera dihutan dah pandai cari pisang, anak dirumah banyak yang tengah lapar, tolong-tolonglah susukan.

Akhir kata, support lah local startup. Betul, kemasukan Gojek akan membawa banyak peluang pekerjaan berkonsepkan crowdsourcing kepada masyarakat untuk mencari pendapatan tambahan dizaman ekonomi yang tidak menentu.

Bagi saya peluang pekerjaan itu okay tapi ianya lebih kepada memberi ‘ikan’ kepada masyarakat. Kenapa tidak bantu local startup dan jadikan local startup ini sebagai ‘joran’ atau ‘bot nelayan’ untuk meningkatkan ekonomi di negara terutama ekonomi dikalangan anak muda. Percayalah jika banyak local startup diberikan sokongan, banyak peluang pekerjaan yang boleh diwujudkan tanpa perlu bergantung kepada startup luar.