Seringkali apabila membeli hidangan makanan Rakyat Terengganu, pasti anda akan dapati saiz hidangan yang ditawarkan agak kecil dan sedikit berbanding saiz hidangan biasa.

Persoalan ini nampaknya turut menimbulkan persoalan buat seorang individu Facebook bernama Ali Imran ini. Berdasarkan pemerhatiannya berada di Kemasik, beliau kini kongsikan mengapa pada pendapat beliau saiz hidangan makanan di sini ditawarkan dalam saiz yang kecil. Berikut merupakan perkongsiannya.

IeyF5TFq
HYPE
Skrin, Bateri & Storan Lebih Besar, HUAWEI Y9 Series Sedia Ditawarkan Daripada Harga RM799 Sahaja!
Baca lagi →
67767694_10157365586485970_2962665494433234944_n

Sumber: Facebook Ali Imran

Berkali-kali datang ke Terengganu, berkunjung ke gerai Nasi Dagang, Laksam mahupun Nasi Lemak saya perasan jumlah makanan yang diletak di dalam pinggan tidak sebanyak yang dimakan orang KL.

Sebab saya ikut cara permakanan saya, selalu sahaja saya minta nasi tambah, ikan lebih dan acar lebih. Bila makan memanglah kenyang, tapi ada semacam rasa tidak puas. Tak dapat dicari apa sebabnya.

Pagi ini saya makan di sebuah kedai kampung. Memang kedai ini jadi buruan orang di sini. Dalam pukul 6.30 pagi lepas subuh ia sudah penuh, pukul 8.00 pagi kalau kau masih bernasib baik, dapatlah makan apa-apa yang masih berlebih.

Dan kali ini saya cuba makan ikut cara orang tempatan. Jumlah nasi saya tak minta tambah, cuma ikan sahaja aku minta lebih. Sebab saya tak ada apa benda nak dikejar pagi ini, jadi makan pun santai sahaja dan barulah aku dapat rasakan nikmatnya.

Jumlah makanan sedikit, dimakan perlahan-lahan, kunyah lama-lama, dapat dinikmati setiap rasa. Nikmat kenyangnya, luar biasa. Sebenarnya saya dah niat kalau masih rasa lapar saya nak sambung makan laksam tetapi dia punya rasa kenyang sampaikan saya batalkan niat nak menambah.

YosriLaksam

Sumber: Wikipedia

Lalu saya fikir, kenapa orang di sini boleh makan begini. Harganya biasa-biasa tak murah tak mahal tapi saiznya kecil orang tak ‘complain’. Sebab saya tahu kalau di KL orang bayar harga makan memang diharapkan dapat porsi besar biar berbaloi dengan nilai wang.

Saya lihat gaya orang di sekitar meja. Orang kampung, orang berkeluarga, pekerja industri semuanya bercampur. Saya lihat suasana sekitar sini, gaya orang memandu, gaya orang bersembang dan keadaan masjidnya bagaimana. Lalu, saya simpulkan, orang Terengganu (atau setidaknya di Kemasik), hidup mereka sama sahaja dengan orang di KL.

Akan tetapi mereka lalui rutin harian dengan rentak yang berbeza. Di sini orang tetap masuk kerja ikut waktu pejabat, tetapi jalan nak ke pejabat cuma setakat 5 minit, paling-paling pun cuma 10 minit.

Di Kuala Lumpur sejam pun boleh jadi masih dalam kereta, baru nak sampai ruang parkir. Jadi mereka ada lebih masa untuk lalui sesuatu rutin dengan lebih tenang. Sebelum hantar anak ke sekolah masih boleh bawa makan di kedai dan bersembang.

Makan tak kejar apa, suap kecil-kecil, kunyah lama-lama, sedar tak sedar nikmat terasa, kenyang pun ada. Yang nak masuk loji dan kilang, masih sempat ambil gambar nasi dagang tambah sambal nasi lemak (ini makanan abang Petronas sebelah meja aku tadi) sebelum mula menyuap.

Pekedai melayan pelanggan macam kenal semua orang. Siap boleh perasan saya orang luar, boleh jadi sebab aku sebut ‘ikan’ dan bukan ‘ikang’. Pada umur menghampiri 40, dengan anak kecil dalam kotak pemikiranku selalu datang satu ‘soalang’.

“Duduk KL dalam hiruk-pikuk siang malang pagi petang, anak-anak nak main pun tak ada padang, sampai bila wahai Merang?”

Anda Mungkin Suka