Pada minggu lalu, anda pasti sudah membaca kisah wanita hamil 3 bulan yang bebas COVID-19, bukan? Umum ketahui, suaminya turut disahkan positif COVID-19.
Difahamkan kini, suaminya telah disahkan negatif COVID-19 dan telah berkongsi perjalanan beliau sepanjang terkena jangkitan COVID-19 melalui Twitter beliau @ZulafandiHaris. Ikuti perkongsian beliau di bawah ini.
Pengalaman saya sebagai POSITIVE COVID-19
Virus yg melanda seluruh dunia sehingga menjadi pandemic kpd semua org. Kita 🇲🇾 tidak terkecuali bahkan semakin serius sehingga RMO dilancarkan.
Disini saya akan share pengalaman sbg pesakit COVID-19. Ini adalah thread
— zulafandiharis (@ZulafandiHaris) March 23, 2020
Menerusi perkongsian beliau, pada mulanya isterinya didapati positif terkena jangkitan dan telah dimasukkan ke hospital terlebih dahulu. Kemudian, barulah beliau pula didapati terkena jangkitan tetapi menurutnya tiada simptom yang ditunjukkan berbanding isterinya yang demam 3 hari.
Anda tidak akan dapat membezakan doktor, jururawat mahupun tukang cuci kerana mereka memakai set penuh perlindungan PPE. Untuk pengetahuan anda, mereka harus memakainya setiap kali merawat pesakit yang terkena jangkitan COVID-19 dan akan menanggalkan dan membuang set perlindungan PPE tersebut selepas keluar dari kawasan rawatan.
Saat isteri membuatkan ujian saringan. Rupenya buat style drive-tru terus. Sgt bgs sbb proses ini tak lama. Dlm 10-15mins.
Ketika ni saya belum ambil test sbb tiada direct contact dgn +ve person so KKM mmg tak amik test utk saya. pic.twitter.com/Z0EKgJLIPF
— zulafandiharis (@ZulafandiHaris) March 23, 2020
Kekadang kami tak dpt bezakan antara Nurse, Doctors or Cleaners. Semua masuk mesti pakai full PPE mcm ni. Kesian diorg wpun wad aircond, tetap berpeluh dan perlu pakai hampir 12jam sehari. Sekali dah buka PPE ni, mmg terus buang even utk ke toilet/solat. Hargai pengorbanan mereka pic.twitter.com/6y9ewT7V6A
— zulafandiharis (@ZulafandiHaris) March 23, 2020
Dari segi rawatan, berikutan tiada lagi penawar untuk wabak ini, doktor hanya akan merawat mengikut simptom-simptom yang ditunjukkan oleh seseorang itu dan hanya mengharapkan antibodi pesakit untuk melawan wabak tersebut. Oleh itu, pesakit tidak boleh berasa tertekan sepanjang melawan penyakit ini.
Kebersihan rapi dilakukan setiap kali ada pesakit yang dibenarkan keluar dan baru masuk ke dalam wad dimana setiap tempat dicuci dengan menggunakan sanitizer. Jika kita sakit biasa, pastinya kita akan dibawa ke tempat yang dikhususkan untuk membuat X-ray bukan?
Ini pula cara kami diambil X-Ray. Pesakit tunggu je kat katil, petugas akan dtg. Mmg semua dilakukan dlm bilik dan kami mmg tak boleh keluar bilik sepanjang rawatan. pic.twitter.com/4QUHBZ1OOJ
— zulafandiharis (@ZulafandiHaris) March 23, 2020
Saya bersyukur saya laki bini wpun tidak bersama bilik di hospital, tp bilik kami bersebelahan jer.
Saya bersyukur ditemukan dgn roomate ward yg sgt supportive & positive. Hingga kami rapat menjadi kawan.
Saya bersyukur tiada org lain berjangkit drpd saya sendiri.
— zulafandiharis (@ZulafandiHaris) March 23, 2020
Berbeza jika anda dijangkiti COVID-19 kerana segala perawatan akan dilakukan dalam bilik anda dan X-ray juga akan dibawa masuk dalam bilik. Pesakit hanya perlu baring dan menunggu sahaja doktor datang ke dalam bilik kerana pesakit COVID-19 tidak dibenarkan keluar bilik sepanjang rawatan.
Tambahnya lagi, beliau berasa bersyukur kerana pengalaman ini mengajar dirinya reti syukur, sabar dan berjumpa dengan orang-orang yang sering memberi motivasi. Bukan sahaja beliau dapat teman wad yang baik tetapi beliau juga dapat jiran dan keluarga yang cukup membantu beliau dan isteri sepanjang beliau berada di hospital.
Sbb sy berada 12hari di hospital kerana COVID-19 ni tiada ubatnya. Doc harapkan antibody kita sendiri yg melawan virus itu. Doc hanya merawat symptoms shj spt demam, batuk & sesak nafas.
Sy melakukan 6x swab ujian saringan spng 12 hari di ward.
— zulafandiharis (@ZulafandiHaris) March 23, 2020
Pada hari ke 12 akhirnya saya dpt kebenaran keluar. Wad ini yg saya duduk 11hari 11mlm, alhamdulillah ini semua kenangan tidak dpt dilupakan. pic.twitter.com/PMZopum8om
— zulafandiharis (@ZulafandiHaris) March 23, 2020
Buat anda diluar sana yang sedang melawan wabak ini, harap anda terus kuat dan yakin dapat melawan wabak ini. Pastikan anda yang tidak terkena jangkitan COVID-19 akan patuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dilaksanakan saat ini.
Sedia maklum, Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020? Mesti anda tidak tahu nak buat apa di rumah, bukan? Klik Pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
6 Aktiviti Bermanfaat Anda Boleh Lakukan Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan
Berbekalkan Semangat Yang Tinggi, Wanita Hamil 3 Bulan Ini Kongsi Pengalaman Bebas COVID-19
Tidak Peduli Jangkitan, Keluarga Tetap Bawa Pulang Jenazah Disyaki Positif COVID-19 Di Indonesia
- SUMBER
- Twitter ZulfandiHaris