Pada minggu ini, dapat dilihat beberapa Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mengadakan majlis konvokesyen yang melihatkan sejumlah besar para pelajar akhirnya berjaya mendapatkan segulung ijazah seperti yang diimdamkan selepas beberapa tahun berkorban.
Disebalik kegembiraan yang dikongsikan di media sosial, lelaki dengan nama Tun Fairuz di Twitter berjaya mencuri perhatian netizen melalui perkongsian beliau mengenai pengorbanan yang dilalui isteri beliau sepanjang mendapatkan PhD selama 8 tahun.
A THREAD
Wife aku ambil jubah harini. Aku bangga gila dengan dia. 8 tahun beb nak habiskan study. Dari dia bujang, kahwin, kerja, ada anak, mati anak, ada anak balik. Dia dah nak berhenti dah. Lepas viva pun nak berhenti sebab takde semangat dah lepas Dewi pergi… pic.twitter.com/M1F8ersRy3
— Dewi (@tunfairuz) September 28, 2019
Menurut Tun Fairuz, perjalanan isteri beliau mendapatkan PhD bukanlah mudah dan penuh dengan pelbagai ujian. Bermula daripada mendaftarkan diri sewaktu zaman bujang, mereka kemudiannya berkahwin, bekerja, dianugerahkan anak dan seterusnya diuji dengan kematian anak. Kini beliau telah dianugerahkan seorang lagi anak yang turut bersama di hari penuh bersejarah buat isterinya.
Disebalik tugas beliau sebagai pelajar, isteri beliau sentiasa mementingkan keluarganya serta tugas beliau sebagai seorang isteri. Dalam pada itu, dalam usaha mahukan yang terbaik buat si isteri, Tun Fairuz kerap membantu memasak dan membersihkan rumah bagi memberi ruang buat isterinya memfokuskan kepada kerjanya.
Pernah berniat untuk berhenti belajar
Aku faham dia nak juggling semua kerja, suami, emosi kehilangan anak, major correction, tapi aku pujuk cakap kat dia yang kalau dia quit semua sacrifices dia akan worthless. Selalu aku cakap, βini last fight you dalam PhD, lepas habis ni tak payah pikir dah!β
— Dewi (@tunfairuz) September 28, 2019
Umum tahu melanjutkan pelajaran sehingga ke PhD dan menghabiskannya bukanlah tugas yang mudah malah ujian yang menimpa si isteri turut membuatkan beliau pernah terfikir untuk berhenti perjalanan beliau. Walau bagaimanapun, dorongan dan kata-kata semangat daripada suaminya yang membuatkan beliau berjaya menyelesaikan apa yang dimulakan.
So harini dia pergi ambik jubah. Dulu masa dia viva, kakak Dewi teman dia dalam rahim. Tapi yang ada rezeki attend konvo, adiknya Haydar. Aku tak dapat teman wife aku. Sedih gila sebab masa aku ambil jubah Master dia ada. Takpelah adalah hikmah kut.
— Dewi (@tunfairuz) September 28, 2019
Pada hari yang penuh bahagia buat keluarga ini, Tun Fairuz nampaknya tidak dapat hadir ke majlis konvokesyen isteri beliau berikutan mempunyai tugas di Frankfurt. Walau bagaimanapun, beliau turut meluahkan kegembiraan beliau untuk dikongsikan bersama netizen.
You're really good husband for your wife. Tulang belakang segala kepenatan dia menghabiskan sisa baki phd. Semoga yang baik sahaja untuk korang berdua. Salute ππ»
— padel (@fadhilsalimi) September 28, 2019
Perkongsian beliau telah membuatkan netizen sebak dan bangga dengan pencapaian yang keluarga ini yang tidak putus asa serta sifat Tun Fairuz yang sangat membantu. Tahniah diucapkan buat keluarga Tun Fairuz diatas pencapain yang diperoleh si isteri serta dorongan daripada seluruh keluarga.
Bersempena dengan musim majlis graduasi, kami kongsikan kepada anda beberapa artikel lain yang berkaitan. Klik pautan dibawah untuk membacanya.
Berbekalkan Ijazah, Gadis Ini Dapat Sambung PhD Dan Biasiswa Belajar Di Australia
Surat Terbuka Seorang Wanita Buat Semua Pemegang Ijazah Di Luar Sana. Ia Buat Kami Berfikir