Pulau Pinang merupakan destinasi pilihan untuk ‘short-gateway’ kerana tempatnya yang penuh dengan tempat menarik, dan dikatakan syurga makanan serta telah diiktiraf sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO.
Setiap kali percutian, penginapan yang cantik dan selesa menjadi pilihan. Terbaharu, seorang pengguna Twitter @faisalmaps telah berkongsi tempat penginapan beliau bersama isterinya di Georgetown, Pulau Pinang yang kelihatan mewah dan Insta-worthy.
Harini kita belanja wife kita stay hotel terbaru di Georgetown, Prestige Hotel Penang. Wife kita memang happy betul dapat stay hotel premium macam ni sempena anniversary kiteorg, dapat selfie banyak! Paling best shower tengah2 bilik dia sebab partner boleh tengok kita mandi 🤣🤣 pic.twitter.com/WNoISQwDkx
— Faisal Hussamuddin (@faisalmaps) October 2, 2019

Prestige Hotel Penang ini terletak di Georgetown dan berada berdekatan dengan pelbagai tempat menarik yang boleh dilawati. Antara tempat terkenal berdekatan adalah Pinang Peranakan Mansion, Fort Cornwallis dan Art Street.
Jika kita lihat rekaan hotel ini kelihatan mewah dan premium. Pilihan warna putih dan emas yang digunakan dalam bilik membuatkan anda berasa selesa dan eksklusif.
Bukan itu sahaja, restoran dalam hotel ini juga tampil dengan rekaan yang cantik dan terdapat pelbagai pilihan makanan yang sedap di sini. Selain daripada itu, terdapat tempat-tempat dalam hotel tersebut yang sesuai untuk bergambar.
Lebih menarik, terdapat infinity pool di hotel ini dimana anda akan disajikan dengan pemandangan Penang Ferry Port. Jika anda ingin menginap di sini, harga untuk satu malam bermula daripada RM300 sahaja.
Lihat sahaja hotel ini pasti membuatkan anda ingin menginap ke sini. Adakah anda tahu bahawa papan luncur air terpanjang dunia berada di Pulau Pinang?
Papan Luncur Air Terpanjang Dunia Bakal Dibuka Bulan Hadapan Di Pulau Pinang
Kisah Sebenar Di Sebalik Gambar ‘Sungai Jernih’ Bersama Ikan Koi Di Pulau Pinang
Pelukis Luah Rasa Menyesal Hasilkan Lukisan Ikonik Ini Di Pulau Pinang
- SUMBER
- Faisal Hussamuddin