Awal tahun ini, seorang lelaki berusia 36 tahun dari Itali mula mengalami beberapa gejala, termasuk sakit tekak dan demam. Kejadian ini berlaku seminggu selepas dia pulang dari percutian lima hari ke Sepanyol, di mana beliau mengaku telah menjalinkan hubungan intim tanpa perlindungan, lapor The Independent.

Dia mulanya diuji positif wabak COVID-19 pada 2 Julai dan dalam masa yang sama, lepuh mula muncul di muka, punggung dan kakinya. Bimbang dengan situasi ini, pada 5 Julai dia pergi ke hospital di Palermo untuk melakukan pemeriksaan lanjut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selepas menjalani beberapa ujian, doktor mendapati dia dijangkiti cacar monyet dan juga diuji positif HIV-1. Sebelum ini, dia sudah mengambil ujian HIV pada September tahun lalu, namun disahkan negatif. Menurut pakar perubatan, “Memandangkan kiraan CD4nya, diandaikan jangkitan itu bermula baru-baru ini,” kata doktor.

Lelaki itu menghabiskan masa kurang seminggu di hospital dan pulih sepenuhnya daripada COVID-19 dan cacar monyet. Doktor kemudiannya membenarkan dia untuk pulang ke rumah.

Penyelidik di Universiti Catania berkata dalam laporan bahawa ini adalah satu-satunya kes jangkitan serentak yang terjadi. Bagaimanapun, bagi pakar, ia melihat terdapat pertindihan gejala antara cacar monyet dan COVID-19.

Mereka berkata, “Kes ini menyerlahkan bagaimana simptom cacar monyet dan COVID-19 mungkin bertindih, dan menyokong bagaimana sekiranya berlaku jangkitan bersama, pengumpulan anamnestic dan tabiat seksual adalah penting untuk melakukan diagnosis yang betul.

“Untuk ambil perhatian, swab oropharyngeal cacar monyet masih positif selepas 20 hari, menunjukkan bahawa individu ini mungkin masih berjangkit selama beberapa hari selepas ujian klinikal. Oleh itu, doktor harus menggalakkan langkah berjaga-jaga yang sesuai.”

Laporan itu menambah, “Memandangkan ini adalah satu-satunya kes wabak cacar monyet, SARS-CoV-2 dan jangkitan bersama HIV yang dilaporkan, masih tidak terdapat bukti yang mencukupi yang menyatakan bahawa gabungan ini mampu untuk memburukkan keadaan pesakit.

Kejadian ini berlaku selepas sebuah laporan mendapati bahawa wabak cacar monyet boleh bermutasi pada kadar lebih cepat daripada ramalan saintis.

Diisytiharkan secara rasmi sebagai kecemasan kesihatan global oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), cacar monyet telah merebak ke berpuluh-puluh negara dan dianggap sebagai sebuah ‘peristiwa luar biasa’ oleh pakar.

Beribu-ribu kes telah dilaporkan di Eropah dan Amerika Utara, manakala wabak cacar monyet biasanya endemik di Afrika Barat dan Tengah.

Wabak cacar monyet adalah senjata biologis buatan manusia, kata bekas saintis Kesatuan Soviet. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Wabak Cacar Monyet Adalah Senjata Biologis Buatan Manusia, Kata Bekas Saintis Kesatuan Soviet

6 Tempat Berisiko Tinggi Sebar COVID-19

Tidak Bergantung Kepada Ubat-Ubatan, Lelaki Ini Berjaya Bebas Daripada Virus HIV