Bagi kebanyakkan individu, jeans dipandang sebagai outfit yang dipakai di waktu santai. Bagi Ian Berry, beliau melihat denim lebih dari sekadar pakaian. Setakat ini, beliau menghasilkan pelbagai jenis lukisan menggunakan denim dan kesemuanya hebat-hebat belaka! Cara beliau menghasilkan karya juga unik. Beliau akan memotong denim terpakai dan menyusunnya mengikut tona warna dan corak yang beliau inginkan.

Karya paling hebat beliau pada pendapat saya adalah kolaborasi Ian Berry bersama jenama cermin mata terkemuka dunia, Ray Ban pada tahun 2014. Ianya bersempena Ray Ban yang melancarkan koleksi cermin mata yang menggunakan material serba baru dan untuk kolaborasi ini, beberapa unit Ray Ban edisi khas yang diperbuat menggunakan denim turut dijual.

Untuk acara ini, Ian menghasilkan potret Debbie Harry, penyanyi terkenal kumpulan rock Blondie menggunakan denim. Jika dilihat dari jauh, ianya kelihat seperti sebuah lukisan biasa yang dilukis tetapi apabila dilihat secara lebih dekat, barulah anda akan perasan ianya dihasilkan menggunakan gabungan potongan denim pelbagai tona warna.

Karya Ian yang lain turut dipamerkan di seluruh dunia dan setiap pameran solo beliau di london dan Sweden semestinya mendapat perhatian orang ramai. November lalu, beliau berkolaborasi pula dengan jenama Pepe Jeans untuk sebuah pameran lukisan dihasilkan menggunakan denim Pepe Jeans.

Anda boleh lihat lukisan Ian yang lain di bawah. Dan jika anda masih belum puas dengan lukisan Ian, anda boleh lihatnya di sini. Harap-harap di masa depan ada jenama-jenama denim heavyweight dari Jepun yang berkolaborasi bersama Ian pula.