Apa yang akan anda lakukan apabila terjumpa dompet seseorang di jalanan?

Pulangkan atau belanja sakan? Itulah yang jadi persoalan kepada pemilik dompet ini apabila dia mendapati seseorang telah terjumpa dompetnya tetapi terus pergi membeli-belah. Tanpa orang itu sedari, pemilik dompet telah mengintip dan mengekorinya. Usai membeli-belah pemilik dompet itu berdepan dengan orang tersebut dan inilah yang telah berlaku selepas itu:

https://youtu.be/YnZKD1C-rvY?t=3m

Jika anda tonton video ini dari awal, ia adalah satu eksperimen sosial untuk melihat tindakan orang ramai apabila terjumpa dompet di jalanan. Tetapi pembikin video eksperimen sosial ini tidak menjangkakan akan situasi seseorang berkulit hitam dan berkaki palsu menjumpai dompetnya dan pergi membeli-belah.

Sepanjang dia mengekori lelaki itu, dia menuduh lelaki itu berbelanja sakan dengan kad kreditnya. Dia intip dan ekori lelaki itu sehinggalah lelaki itu menekan loceng sebuah rumah. Pembikin video eksperimen sosial ini, Youtuber DennisCEETv terkesima kerana rumah itu adalah rumahnya.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram